Kisah 2 Surat Layang Daripada Rakan Zulfarhan Sangat Menyayat Hati Dan Pemandu Grab Sedar Penumpang Sangat Aneh

KUALA LUMPUR: “Saya sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa dia telah menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM bahawa Zulfa4rhan Osman Zulkarnain telah dider4a oleh rakan-rakannya.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata dia telah menulis surat tersebut setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada jam 6 petang, 22 Mei 2017.

Katanya pada hari tersebut, dia telah pergi ke bilik itu untuk menemui Muhammad Izzul Akhtar, seorang daripada ahli bilik berkenaan berkaitan tugasan kuliah bagaimanapun Muhammad Izzul Akhtar tiada di bilik itu.

“Saya cari Izzul, dia tiada, ketika saya hendak keluar, saya ternampak Osman (Zulfa4rhan Osman) di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat pada bahagian pusat ke lutut,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding hari ke-11 kes itu semalam.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, dia kemudian terus balik ke biliknya di asrama 4-06 dan berbincang dengan seorang rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Akmal Akif untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Pada mulanya kami ingin buat laporan secara berdepan dengan jurulatih tetapi takut identiti kami akan dibocorkan, jadi kami memikirkan untuk buat surat layang,” katanya memberitahu Akmal Akif mencadangkan untuk menulis surat layang itu manakala dia telah menulisnya di atas kertas A4.

Katanya, surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Muhammad Aiman Aufa bagaimanapun berkata, surat layang pertama yang ditulis: “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ – Hamba Allah” bagaimanapun surat itu diketahui oleh semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Saksi itu berkata, penyebaran surat tersebut telah menyebabkan usahanya untuk memberitahu pihak atasan bahawa Zulf4arhan Osman didera gagal apabila seorang daripada penghuni bilik 4-10, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama terlebih dahulu memindahkan Zulfa4rhan Osman ke bilik 4-06 dengan alasan menumpangkan mangsa di bilik berkenaan untuk sementara waktu.

Muhammad Aiman Aufa berkata, selepas kegagalan surat layang pertama, dia dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua yang tertera ayat, “Sila cari pegawai kadet laut Zulf4arhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.

Terdahulu, seorang pemandu Uber yang kini dikenali sebagai Grab, Mustapa Kamal Ibrahim, 56, berkata dia pernah menemui Zulfa4rhan Osman dalam keadaan mangsa berbau busuk, hamis dan bajunya dipenuhi tompok darah.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata dia telah menerima satu tempahan melalui sistem tempahan perkhidmatan dalam talian antara 9 dan 10 pagi, 31 Mei 2017 yang memintanya mengambil penumpang di Apartment De Centrum di Bangi dan menghantar penumpang tersebut ke sebuah klinik, juga di Bangi.

Katanya, dia kemudian telah ke apartmen itu sebelum menemui penumpangnya iaitu tiga lelaki dengan seorang antaranya duduk di atas kerusi roda dan berkain pelikat.

“Saya tengok, eh kenapa budak ni (Zulfa4rhan Osman) duduk atas kerusi roda, saya keluar (dari kereta) tengok, budak ni macam tak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada macam air bisa kat badan dia, tangan dan kaki dia berbalut dengan ‘bandage’. Baunya macam menyucuk hidung, macam hamis, saya tanya ni apa hal ni kawan kau, dia diam sahaja,” katanya memberitahu dia bertanyakan soalan itu kepada dua rakan mangsa.

Mustapa Kamal berkata dia kemudian membantu Zulf4arhan Osman untuk masuk ke dalam kereta kerana melihat dua rakannya itu seolah-olah tidak mengendahkan mangsa.

“Saya papah (Zulf4arhan Osman) sebab kawan dia yang dua orang tu tak berapa menolong. Kalau kawan rapat tu, susah-payah akan tolong, jadi saya cakap (kepada dua individu itu) tolonglah kawan kau, budak dua orang tu senyum je,” katanya.

Mustapa Kamal berkata, sebaik tiba di klinik, dia sekali lagi membantu Zulfa4rhan Osman keluar dari kenderaan, memapahnya duduk di kerusi roda serta menolak kerusi roda itu sehingga ke depan klinik dan mangsa berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya.

Saksi itu berkata dia kemudian memandu kenderaannya beredar dari situ dan ketika mengerling ke belakang, dia melihat ada lendir dan darah di kerusi belakang keretanya yang diduduki Zulfa4rhan Osman, lalu dia memberhentikan kenderaannya untuk membersihkan kesan tersebut dan mengambil penumpang lain.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan jam 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

kredit facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*