Kisah Meruntum Jiwa Ibu Lindungi 3 Anak Tapi “Tewas” Dalam Tragedi Kebakaran

M4yat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya. Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun.

Kesemua m4angsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal. Ma4yat kesemua ma4ngsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan. Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.

M4angsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya. Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.

Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang oleh penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu. Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*