“Kita Perlu Bersatu Bukan Berbalah Sesama Sendiri, Barisan Hadapan Letih Bertugas Sejak Sepuluh Bulan Lalu”

“Kita Perlu Bersatu Bukan Berbalah Sesama Sendiri, Barisan Hadapan Letih Bertugas Sejak Sepuluh Bulan Lalu”

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan usaha menentang Covid-19 perlu dilakukan secara bersama.

Ketua pengarah kesihatan berkata virus pembunuh tidak terhapus jika masyarakat terus berbalah dan melupakan peristiwa lalu.

“Kita perlu bersatu dan bersama-sama bertarung melawan Covid-19 bukan berbalah sesama sendiri,” coretnya di Twitter pagi ini.

10 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam dengan 710 kes penularan baharu. Malaysia kini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 selepas kes baharu terus mencatatkan pertambahan tiga angka.

Perkembangan terbaru ini membuatkan kerajaan dilaporkan dalam usaha memohon darurat dapat diisytiharkan.

Dr Noor Hisham berkata rakyat perlu belajar bagaimana Covid-19 cepat tersebar selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, barisan hadapan kini berada dalam keadaan letih selepas bertugas sejak sepuluh bulan lalu.

“Barisan hadapan kita bertahan di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24 jam sehari.

“Mental dan fizikal dalam keadaan letih. Sesetengah daripada mereka bersiap untuk berundur diri. Belajarlah daripada PRN Sabah,” katanya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*