“Konten Tak Berfaedah, Saja Nak Publisiti Murahan” Youtuber Buat Prank Tangkap Basah, Netizen Berang

Tidak dinafikan video kontroversi dan video prank antara video yang menjadi pilihan ramai Youtuber atau content creator untuk mencipta nama dan pengikut selain melariskan tontonan.

Jika tempoh hari seorang youtuber dikecam hebat bahkan kini sedang dikesan polis gara-gara memuat naik satu video prank mengacah untuk menampar orang di Mid Valley Megamall kini timbul pula satu lagi video baru iaitu menghasilkan konten prank tangkap basah.

Menerusi video yang dikongsikan di Youtube, kumpulan Youtuber yang terkenal dengan konten-konten prank ini difahamkan telah berpakat untuk mengenakan dua ahli kumpulan mereka dengan meninggalkan mereka berdua di sebuah rumah yang dipercayai telah dijadikan studio oleh mereka.

Namun sebaik ditinggalkan, tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai agama muncul menyebabkan kedua-dua mereka ‘terkantoi’ dan ditangkap basah kerana hanya tinggal berdua-duaan.

Drama menjadi hangat selepas satu demi satu satu rakan mereka pulang dan cuba menjelaskan apa yang terjadi namun pegawai agama itu menegaskan ia tetap satu kesalahan. Mereka kemudian memberi pilihan samaada membawa mangsa ke jabatan agama untuk didenda atau terus melangsungkan pernikahan.

Keadaan tersebut menyebabkan mangsa perempuan mula menangis manakala mangsa lelaki yang sudah tidak tentu arah mula hilang sabar.

Prank tersebut bagaimanapun mula disedari apabila ‘pegawai agama’ itu memaklumkan akan menikahkan mereka sebelum akhirnya membocorkan rahsia yang ia hanyalah sekadar prank sewaktu ‘akad nikah’ berlangsung

Perkongsian tersebut nyata tidak disenangi segelintir netizen yang berpendapat konten sebegini tidak sesuai untuk dipertontonkan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ianya juga tidak sesuai dihasilkan kumpulan Youtuber ini memandangkan ramai dari pengikut mereka merupakan anak muda dan remaja yang masih lagi bersekolah.

kredit buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*