Lama Tidak “Update” Perkembangan Selepas Tiba Di Mesir, Netizen Naik Risau Dengan Ustaz Ebit Lew, Ini Perkembangan Terbaru

Ustaz Ebit Lew adalah nama yang tidak asing dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan. Terkini, Wisma Putra sedang mengesan Ustaz Ebit Lew selepas beliau ke Mesir beberapa minggu lalu. Hal ini menimbulkan tanda tanya selepas pendakwah terkenal itu tidak mengemaskini laman sosial nya sejak 27 Mei 2021. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang Ustaz Ebit Lew ke tanah air.

Astro Awani dalam satu laporan mengatakan Ustaz Ebit Lew berlepas ke Mesir pada 25 Mei untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel. Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada SOP semasa.

  • Update UEL

Walau bagaimanapun, kemaskini terbaharu Ustaz Ebit Lew melegakan ramai pihak. Menerusi hantaran gambar di akaun Instagram @ebitlew, beliau mengatakan semuanya dalam keadaan baik. Hantaran itu dimuat naik dalam tempoh satu jam selepas artikel ini ditulis.

  • Doa Netizen

Hantaran gambar pada akaun Instagram itu telah mendapat lebih 317,000 sukaan dan ratusan komen dari pengikutnya. Rata-rata netizen mendoakan kebaikkan kepada Ustaz Ebit Lew dan menzahirkan kelegaan atas keselamatan beliau.

kredit lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*