Lelaki Tular Jadikan Periuk Nasi Sebagai Isterinya Namun Selepas 4 Hari Umumkan Perceraian

Seorang lelaki yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com semalam. Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk menceraikan ‘isterinya’ itu.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Alasannya adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain. Upacara pernikahan Khoirul bersama sebuah periuk nasi. – Facebook. Kisah tersebut yang turut dikongsi oleh laman Instagram @kl.foodie mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Apa lagi yang dia (Khoirul) harapkan boleh dimasak oleh sebuah periuk nasi?” soal seorang netizen.“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya ya dia bertengkar dengan ‘isterinya’ itu sebelum memutuskan untuk bercerai,” kata seorang netizen lain.

Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*