Lisdawati Masih Sayang Suami…Tapi Belum Mampu Maafkan Mereka Yang Kutuk Dirinya & Keluarga

Gara-gara kontroversi menceritakan pengalaman berlakon dalam adegan panas filem ‘Anak Halal’, Fauzi Nawawi terima banyak kritikan hebat sejak semalam. Paling dikesali warganet apabila dia mention nama pelakon wanita yang terlibat, selain bersungguh-sungguh menerangkan secara terperinci tentangnya dalam sebuah program talkshow.

Mohon maaf secara terbuka…tak tahu apa tujuan klip video ditularkan semula. Langsung tiada niat mengaibkan sesiapa, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan klip video tular itu terutama sekali Raja Farah dan suaminya.

Namun aktor berusia 48 tahun tersebut tidak tahu apakah motif sebenar baru kini video berkenaan dihebohkan, kerana ia sudah lama ditayangkan di kaca TV. Habis program baru perasan ada terlepas cakap…sudah minta pihak produksi potong bahagian sensitif.

Mengulas lanjut tentang program berkenaan, dia sudah meminta pihak produksi untuk memotong bahagian perbualan yang sensitif sejurus selesai rakaman. Walau bagaimanapun, rupa-rupanya ia sudah 2 kali ditayangkan dan hanya disedari selepas isu ini kecoh di laman Twitter.

Enggan isu tersebut berpanjangan, Fauzi Nawawi akui masih ‘jahil’ dan sedang berusaha memperbaiki dirinya. Lisdawati masih sayang suami…tapi belum mampu maafkan mereka yang kutuk dirinya & keluarga.

Meskipun Fauzi Nawawi sudah berlapang dada terhadap warganet yang mengeluarkan kata-kata cacian, namun berbeza pula pendirian isterinya. Pelakon, Lisdawati tampil bersuara berhubung kontroversi melibatkan suaminya yang juga pelakon, Fauzi Nawawi.

Menerusi kenyataan balas yang ditulis diruangan komen perkongsian Fauzi di Instagram (IG), Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 42 meluahkan meluahkan rasa sedih dengan tindakan orang ramai yang mengecam dia dan keluarganya gara-gara isu yang tular melibatkan suaminya, baru-baru ini.

“Saya sayang kamu. Kerana Allah SWT masih sayang. Tetapi saya juga manusia biasa, belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya,” tulisnya di ruangan komen.

Fauzi Nawawi baru-baru ini mengundang kecaman setelah secara terbuka menceritakan pengalaman melakonkan babak rogol bersama Raja Farah ketika membintangi filem Anak Halal satu ketika dahulu.

Pendedahan itu dibuat Fauzi ketika menjadi salah seorang tetamu undangan program Rumah 107 yang ditayangkan baru-baru ini di saluran Astro Warna.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Namun secara keseluruhan Fauzi memiliki 8 anak, susulan 4 lagi merupakan hasil perkahwinan terdahulu.

kredit transformasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*