Connect with us

Islamik

Mandi Jenazah Bukan Macam Cuci Kereta.. Ada Caranya..

Published

on

BEKAS guru agama kongsi pengalaman sepanjang berkecimpung dalam bidang pengurusan jenazah. Bermula dengan hanya melihat dan membantu orang kampung menguruskan jenazah, seorang bekas guru agama kini merupakan tukang urus jenazah terkenal daerah ini.
Selain dipanggil menyampaikan kursus pengurusan jenazah, bekas guru terbabit, Hod Abdul Rahman, juga merupakan pembantu hospital dalam menguruskan jenazah di Hospital Jerantut.

Hod berkata, dia mula melibatkan diri dalam pengurusan jenazah sekitar tahun 2000 selepas pencen sebagai guru agama di Bera dan kini menetap di Taman LKNP, di sini.

“Dengan pengalaman yang ada saya diminta untuk menguruskan jenazah itu,” katanya.

Selepas itu katanya, Hod semakin dikenali sebagai orang yang mahir menguruskan jenazah sehinggalah pada tahun 2010, dia dipanggil untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah oleh Pejabat Agama Islam Daerah.

“Balik dari kursus itu di Kuantan, saya makin sibuk sebab terima pelbagai permintaan termasuk untuk menyampaikan kursus berkaitan pengurusan jenazah,” katanya.

Hod menunjukkan sijil pelbagai kursus yang diambil untuk mendalami ilmu pengurusan jenazah dan perubatan Islam.

Menurutnya memandikan jenazah perlu dilakukan secara halus dan teliti.

“Kita tak boleh nak kasar-kasar…sebab jenazah ini walaupun hanya tinggal jasad, si mati masih merasai kesakitannya.

“Mandikan jenazah ni bukan macam basuh kereta. Harus berlembut ketika menjirus air ke badan jenazah,” katanya.

Namun katanya, apa yang penting individu yang mahu menguruskan jenazah perlu ada sifat berani dan keinginan yang tinggi untuk mencuba.

Kongsi Petua

Bercerita lebih lanjut, Hod berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah saat memandikan jenazah mereka yang meninggal mati beragan iaitu mayat yang meninggal sendirian dan hanya ditemui selepas beberapa hari.

“Ada mayat yang ditemui dalam keadaan televisyen masih terpasang dan kematiannya hanya disedari selepas tiga hari. Kulit jenazah mudah tercabut jika digosok.

“Untuk jenazah yang begini, cara mandinya berbeza. Kita tak boleh gosok, tapi kena jirus saja. Kita bancuh satu baldi air sabun dan satu baldi air kapur barus…kita juga guna peluntur,” katanya.

Selain itu katanya, beliau juga pernah memandikan jenazah yang meninggal dunia akibat terbakar selain jenazah yang meninggal sendirian dan hanya ditemui selepas dua minggu di mana separuh badannya hanya tinggal tulang.

“Kalau hendak menguruskan jenazah akibat kemalangan juga ada cara yang berbeza di mana ada bacaan ayat tertentu untuk memberhentikan darah yang sentiasa mengalir,” katanya.

Hod turut berkongsi pelbagai petua dalam menguruskan jenazah antaranya ialah menghilang bau busuk jenazah yang sudah lama.

“Caranya ialah dengan mencalit belacan pada hidung sebelum masuk ke bilik jenazah untuk memandikan jenazah terbabit. Bau busuk jenazah tidak dapat dihidu kerana bau belacan itu,”katanya.

Elak Badi Mayat

Selain itu katanya, ayat al-Quran tertentu juga perlu dibaca agar tidak terkena badi mayat ketika memandikan jenazah.

“Jika terkena badi ini agak bahaya dan perlu diubat sekiranya terkena kerana tabiat si mati akan terkena pada orang yang menguruskannya,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan Islam.

Hod turut berkongsi pengalamannya memandikan jenazah yang meninggal dunia akibat Aids atau HIV.

“Menguruskan jenazah HIV dan Aids ini biasanya saya akan uruskannya dari mula sehinggalah ke tanah perkuburan dengan pemantauan pegawai hospital.

“Untuk memandikan jenazah ini berbeza dari sudut persediaan barangannya di mana perlu ada plastik untuk menadah air mandi jenazah agar tidak mengalir keluar,” katanya.

Tambahnya lagi, memandikan jenazah HIV dan Aids lebih mudah diuruskan di hospital kerana mempunyai saluran khas untuk mengalirkan air terbabit.

“Pengurus jenazah juga perlu berpakaian lengkap disediakan pihak hospital dan tidak boleh ada luka pada badan. Sekiranya ada luka, perlu dibalut dengan kemas,” katanya.

Hod juga memberitahu, urusan memandikan jenazah kini jauh lebih mudah berbanding zaman dahulu dengan pelbagai kelengkapan yang disediakan.

Selain boleh menguruskan jenazah, Hod juga dikatakan boleh mengubati pesakit dengan cara perubatan Islam.

“Saya teringat kenangan mandikan jenazah arwah ayah saya di mana kami adik-beradik perlu ribakan arwah untuk memandikannya.

“Selain itu, orang zaman dulu jika ada kematian mereka akan guna batang pokok pisang sebagai tempat untuk memandikan jenazah,” katanya.

Dalam pada itu, Hod memberitahu masih ramai yang tidak tahu menguruskan jenazah justeru dia menasihatkan agar ilmu itu dipelajari bagi memudahkan urusan memandikan jenazah keluarga masing-masing.

Kredit :
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Islamik

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Published

on

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…

Sumber: Samin Ongki

Continue Reading

Trending