Connect with us

Islamik

Masa Minta Bantuan Merayu Bagai Nak Rak, Bila Ditolong Ucap Terima Kasih Pun Susah

Published

on

Sejak dari kecil, kita diajar untuk ringankan mulut untuk mengucap terima kasih kepada mereka yang membantu atau memudahkan kita. Sama ada di rumah atau di sekolah, seringkali diajar untuk mengucapkan dua patah perkataan itu. Namun hari ini, ramai yang berat menyebut ‘terima kasih’,

Bukan mengharapkan sangat ucapan terima kasih tetapi adab bila sudah dibantu, ucaplah terima kasih tak kira perkara itu kecil atau besar sekalipun. Bayangkan pada awalnya individu diminta untuk membantu itu sebenarnya berat hati nak membantu. Lalu dia melakukan perkara yang dipinta sambil membebel-bebel. Namun selepas anda mengucapkan terima kasih, sekurang-kurangnya dapat menyejukkan hatinya. Semoga teguran dari Abd Ghani Haron ini dimanfaatkan bersama.

BAGAI KETUL EMAS AKAN TERPACUL DARI MULUT

Sebuah maahad tahfiz minta tolong dibiaya wiring elektrik kepada projek sedekah jariah. Bila siap disempurnakan, sepatah ayat pun saya tak terima. Sebuah maahad tahfiz juga menerima beras sumbangan yang mereka minta dari projek ini. Bila dihantar, tak sepatah kata sampai ke telinga saya. Sebuah maahad tahfiz juga yang minta dipasang karpet di surau. Bila siap, sunyi sepi. Yang melaporkan kepada saya, kontraktor, kerana dia hendak bayaran.

Sebuah sekolah yang meminta water cooler, projek sedekah tolong segera beli dan pasangkan pada awal bulan April dulu. Dan setelah enam bulan lebih, baru saya mendapat surat penghargaan. Dari beratus orang yg datang ambil air wakaf setiap hari di depan rumah saya, purata tidak ada seorang pun yang ucap terima kasih.

Dan banyak kes lagilah kalau nak cerita di mana beratnya mereka untuk memberi ucapan terima kasih. Saya malas nak tegur kerana bimbang mereka membuat dosa pula iaitu denga mencipta alasan dan berbohong. Bukan saya nak sangat ucapan terima kasih, bukan saya ‘kebuloq’ sangat ucapan penghargaan. Tetapi saya risau dan berbimbang dengan sabda nabi.Sabda Rasulullah,

“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”
(Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.)

Berdasarkan hadis ini, ucapan terima kasih itu ringan pada lidah, ringkas pada kata, tetapi berat pada maksud dan kelebihannya, besar pada tanggungannya hingga dibanding dengan bersyukur kepada Allah. Apa guna ada ilmu melangit, apa guna hafal quran berbuih mulut, apa guna harta bertimbun jika praktik hidup Islam yang dipesan oleh nabi semudah mengucap terima kasih yang lebih ringan dari sehelai bulu ayam pun tidak dapat dibuat.

Kadang-kadang saya rasa orang bukan Islam lebih ringan lidahnya dengan ‘thank you’. Kita, bagai nak terkeluar ketul emas nak mengucapkan terima kasih. Agaknya syaitan berpaut rapat pada lidah agar tidak terucap dan dengan itu tidak terlaksana sunah rasulullah dan suruhannya. Orang bukan minta sangat ucapan terima kasih, tak harap pun tetapi nabi dah pesan, maka kena buat. Apa lagi bila disamakan dengan tidak bersyukur kepada Allah. Berat masalah ini.

Di sekolah diajar, bahkan pelajar mengucap terima kasih tidak kurang lapan kali sehari. Mengapa bila tamat sekolah, mudah lupa? Mungkin maahad tahfiz tak ada ucapan terima kasih kepada guru kot kerana diganti dengan salam. Tetapi eloklah diajar kerana ini satu sunah nabi, suruhan nabi.

Biasakanlah anak-anak mengucap terima kasih sama seperti menekankan ucapan salam. Seorang pelajar pernah menunggu untuk berjumpa saya di luar bilik ketika saya berjumpa dengan beberapa guru. Bila kami berhenti sekejap untuk memberi laluan kepadanya, dia hanya hadir untuk mengucap terima kasih kerana membenar balik awal atas permintaannya melalui guru tingkatan. Guru yang berada bersama saya merungut,

“Loo, nak ucap terima kasih saja. Ingatkan ada perkara besar.”

Saya hanya senyum, cikgu ini mungkin lebih rendah fahaman agamanya dari budak ini kerana besarnya nilai ucapan terima kasih tidak dirasakannya seperti yang dirasakan oleh budak ini.

Saya sekadar mengingatkan anda, sesungguhnya tidak ada ketulan emas akan terpacul keluar dari mulut kita kerana mengucap terima kasih, tetapi ganjaran yang besar tanda kesyukuran akan kita perolehi dari ucapan tersebut atas sifat bersyukur. Basahkanlah lidah dengan mudah menyebutnya meskipun kepada perkara yang remeh. Wallahu’alam

Sumber: Abd Ghani Haron

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending