Mawar Dedah Fizo Telah Buka Mulut Ingin Berkahwin Tetapi Fizo Omar Terus Membisu

Pelakon Fizo Omar terus berdiam diri mengenai desas-desus mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober ini. Cubaan Harian Metro menghubunginya sejak semalam dan hari ini tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak berjawab. Bagaimanapun, Fizo ada memuat naik hantaran di Instagram yang berkongsi kesibukan dirinya.

“Wak lek wak peace’. Ada ni ha, ‘back to back’ mesyuarat nak wariskan ‘MEGAH HOLDING’ kepada anak sulung yang akan disatukan dengan anak Datin Maimun saudara kepada jiran belakang rumah ni,” tulisnya.

Harian Metro semalam melaporkan kenyataan bekas isterinya yang juga ahli perniagaan, Mawar Abd Karim yang memaklumkan Fizo kini serius dalam perhubungan dengan seseorang.

“Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya,” katanya.

Fizo dan Mawar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

kredit harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*