Menteri Belia Dan Sukan Sudah Berkahwin Dengan Erra Fazira?, Ini Jawapan Setiausaha Politik

Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, menafikan khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah bernikah dengan pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira. Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar sekaligus menafikan khabar angin yang tersebar sejak pagi tadi.

“Karut sahaja, menidakkan” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi. Terdahulu, hangat dalam media sosial hari ini apabila nama aktres dan penyanyi popular Erra Fazira tiba-tiba dipetik netizen selepas dia didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang menteri.

Dalam perkongsian dimuat naik seorang pengguna Twitter semalam, dia mendakwa Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, kini sudah menjadi isteri kedua menteri berkenaan.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*