“Minta Maaf Ustaz Sebab Saya Memang Salah,” Tabur Fitnah Kepada Menteri Agama, Siti Kassim Akui Kesalahan

Peguam Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kerana mendakwanya memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex.

“Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ciap Siti Kassim menerusi akaun Twitter hari ini. Dia merujuk ciapan menerusi akaun Twitter milik Idris yang memaklumkan jam dipakainya itu adalah jenama Buruj yang telah lama digunakannya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” jelas Idris. Idris berkata demikian sebagai mengulas ciapan Siti Kasim yang mendakwa beliau memakai jam tangan berjenama Rolex.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, peguam itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris. Ia membabitkan satu gambar memaparkan Menteri Agama itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan

kredit utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*