Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Nafas Anda Berbau? Jangan Risau, Jom Baca Petua Mudah Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk entri kali ini, kita akan berkongsi tentang petua menghilangkan bau mulut yang busuk. Semestinya ianya amat memalukan jika kita tergolong dalam kalangan mulut yang berbau ini. Jom baca dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

1) Membersih dan memberus gigi

Dengan penjagaan rapi mulut anda, dengan izinNya masalah anda akan selesai. Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang. Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut anda dibuang. Nasihat admin juga untuk anda tidak memberus gigi dengan tergesa-gesa kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil lewa. Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda. Okay?

[wp_ad_camp_1]

2) Membersihkan lidah

Terlalu fokus di bahagian mulut dan gigi, lidah jangan dilupakan. Kerana anda juga harus membersih di bahagian lidah untuk membunuh bakteria biofilm. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.

3) Mengunyah gula getah

Kadang kala kita terlalu asyik mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya nanti!

4) Menjaga Pemakanan

Masalah nafas berbau ini, anda juga boleh atasi dengan menjaga pemakanan anda. Cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan juga bawang putih serta kopi. Kerana ia boleh merangsang untuk mendatangkan bau nafas. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan C seperti buah-buahan, sayur-sayuran seperti manga, apricot, susu soya, orange, dan sebagainya.

5) Banyakkan minum air kosong

Air kosong mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air kosong membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan pengambilan air kosong sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!

6) Berhenti merokok

[wp_ad_camp_1]

Merokok adalah haram di sisi Islam. Kenapa? Islam melarang umatnya merosakkan diri sendiri. Bila kita merokok, nafas kita menjadi sangat berbau busuk dan kadang-kadang orang akan mengelakkan diri dari kita. Tambah-tambah yang ada anak kecil. Sila hormat orang di sekeliling, kalau nak mati seorang silakan, jangan bunuh orang lain yang tidak bersalah. Jom berhenti merokok!

7) Jangan minum minuman keras

Semua agama didunia mengajak umatnya melakukan kebaikan. Tapi ramai juga yang sering melanggar ajaran agama dengan meminum minuman keras atau lebih dikenali dengan arak. Bila kita mabuk, kita akan jadi lupa diri, lupa keluarga. Akan berlaku perkara buruk seperti membunuh, merogol dan sebagainya kerana minda kita sudah diracuni oleh bahan kimia yang ada dalam arak. Minum arak juga menyebabkan nafas kita berbau busuk. Tuntasnya janganlah kita meminum arak ini. Tiada faedahnya sama sekali.

Add Comment