Najib Razak Datang Melaka Bukan Untuk Berkempen Tapi Nak Bersantai Sahaja

“SAYA datang ke Tanjung Kling untuk bersantai sahaja, tak boleh disifatkan sebagai kempen PRN (Pilihan Raya Negeri),” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Menerusi video dimuat naik di Facebooknya, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), berkata kunjungan itu hanyalah atas dasar melancong ke Melaka atas jemputan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

“Saya bercuti, melancong jumpa kawan-kawan lama. Saya nak tengok keadaan di sini kerana saya lihat bahawa kawasan ini memang berpontensi untuk dimajukan.

“Saya juga berpuas hati kerana sejak Kerajaan BN memerintah, nelayan di sini banyak dapat manfaat termasuk jeti, kemudahan bot, lampu dan sebagainya,” katanya dalam video berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas makan tengah hari di Jeti Nelayan Kampung Hailam, Tanjung Kling, Melaka, hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, pembangunan di kawasan itu sekali gus membuktikan dasar BN dapat mengubah kehidupan rakyat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau mengetahui permasalahan nelayan kawasan itu, Najib enggan mengulas kerana beliau tidak membuat tinjauan politik, hari ini

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*