Netizen Puas Hati Kakak Ini Gagalkan Cubaan Kereta Nak Tol Free “Eh Senang-Senang Kau, Orang Lain Bayar”

Perlahankan kereta dan ikut rapat di belakang, begitulah taktik yang dilakukan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai ingin mengelakkan membayar tol di sebuah plaza tol di Shah Alam. Perkara tersebut didedahkan oleh pengguna TikTok @jannahalias_sofea yang berkongsi rakaman ‘dash cam’ miliknya di laman sosial berkenaan.

Video berdurasi 39 saat itu memaparkan sebuah Proton Waja ‘menghimpit’ kenderaan milik wanita terbabit. Bagaimanapun taktik tersebut disedari olehnya dan dia kemudian bertindak memperlahankan kenderaan selepas membayar tol sehingga melepasi palang.

Palang tol yang akhirnya tertutup menyebabkan Proton Waja terperangkap dan perlu menjelaskan tol. Video tersebut mendapat hampir sejuta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.

Walaupun perkongsian tersebut spontan, ia menerima pelbagai reaksi daripada warga maya serta memberikan kesedaran kepada ramai pengguna jalan raya lain agar lebih berhati-hati. Dalam pada itu, ada juga warganet yang mengakui pernah melalui situasi yang sama dan berkongsi pengalaman mereka.

Ramai yang kesal dengan insiden mengelak daripada membayar tol seperti ini dan berharap ia tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*