Netizen Sempat Rakam Penampakan UFO Melintas Ketika Gunung Berapi Meletus

Satu klip video yang dikongsikan di laman perkongsian Reddit jelas menunjukkan satu objek terbang tidak dikenali (UFO) menghampiri letusan gunung berapi Cumbre Vieja di La Palma, Sepanyol. Gunung berapi yang sedang aktif ketika itu sedang meletus dan memuntahkan lahar ke langit, namun beberapa titik cahaya berwarna terang kemudiannya dilihat muncul pada bahagian kanan langit.

Video yang didakwa dirakam pada 30 September lalu juga menunjukkan objek misteri itu berpusing di udara, sebelum ia kembali menuju ke arah gunung berapi. Menerima lebih ribuan tontonan, orang ramai cuba memberikan pendapat masing-masing mengenai kejadian itu.

“Dron? Sama ada itu atau makhluk asing mahukan rakaman gunung berapi yang cantik,” komen seorang pengguna.

Namun seorang pengguna kemudiannya menjelaskan bahawa objek itu tidak mungkin sebuah ‘dron biasa’ kerana haba daripada lahar gunung berapi akan mencairkan dron dan bidang magnetik yang kuat akan mengganggu isyarat alat kawalan jauh.

Sehingga kini masih tiada siapa tahu apakah sebenarnya objek tersebut yang terbang menghampiri gunung berapi di Sepanyol ini.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*