Pakar Dedah 2 Komet Besar Akan Lakukan Lintasan Pada Tahun 2031

Dua ahli astronomi mengatakan terdapat penerbangan komet besar-besaran yang terbang dari angkasa akan menghampiri ke arah sistem suria. Lebih mengejutkan, ia dikatakan memiliki saiz sebesar dua bulan planet Marikh sekiranya disatukan.

Penemuan tersebut didedahkan dua ahli astronomi iaitu Pedro Bernardinelli dan Gary Bernstein yang berasal dari University of Pennsylvania dan komet itu dinamakan sempena mereka sebagai Komet Bernardinelli-Bernstein aka Komet C/2014 UN271.

Ukuran komet Bernardinelli-Bernstein itu dikatakan mempunyai lebar lebih dari 200 km, tetapi ukurannya sekarang difahamkan memiliki lebar lebih dari 150 km yang lebih besar daripada bulan Marikh terbesar, iaitu Phobos.

Memetik laporan CNet, komet tersebut bahkan lebih besar daripada kedua-dua bulan, iaitu Phobos dan Deimos sekiranya disatukan, yang mana sebenarnya, jumlah tetap akan menjadi dua kali ganda.

Menurut sumber, komet ini akan melalui sistem suria dan menjadi yang paling dekat dengan Matahari dan Bumi kita menjelang 2031. Sebagai tambahan, komet tersebut bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman terhadap Bumi seperti mana yang diperjelaskan pasukan ahli astronomi.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*