Pendirian Kerajaan “No Anwar, No DAP” Sudah Berubah, Ingin Lakukan Kerjasama- Anwar Ibrahim

PH memberi jaminan tidak akan “mempersulitkan” undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika dia mengambil langkah demi kepentingan rakyat. Perkara itu dinyatakan Pengerusi PH Anwar Ibrahim setelah pertemuan dengan Ismail Sabri. Pertemuan itu turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kita beritahu kalau suasana begini, kalau program-program (yang dibuat) pro kepada rakyat, kita tak akan persulitkan (undi percaya),” katanya kepada pemberita di luar Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Walaupun tidak menjelaskan secara lanjut, anwar berkata antara yang dibincangkan adalah program pro-rakyat yang memberi tumpuan kepada isu kemiskinan dan pekerjaan.

Dia menyifatkan pertemuan itu sebagai “permulaan yang baik” dan pertemuan peringkat jawatankuasa akan disertai wakil-wakil pembangkang.

“Apa yang boleh dipersetujui dan langkah yang harus diambil supaya keadaan, kedudukan perdana menteri dan negara lebih terkawal dan aman politiknya,” katanya lagi. Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar perdana menteri yang akan dilantik untuk turut melibatkan kerjasama pembangkang. Anwar berkata lagi, pertemuan hari ini dibuat susulan titah tersebut.

Selain inisiatif pro-rakyat, Anwar berkata Lim membangkitkan isu ekonomi termasuk moratorium pinjaman manakala Mohamad menyentuh soal kesan wabak Covid-19. Namun anwar berkata isu penyertaan pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara – yang disebut Ismail sebelum ini – tidak dibincangkan.

PH setakat ini belum membuat keputusan untuk menyertainya. Menurut Anwar lagi, soal jawatan kabinet juga tidak dibincangkan dan memang pendirian PH untuk tidak menggesanya, sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah wabak dan ekonomi.

“Saya juga ucap terima kasih. Ismail wakili Umno dan bincang dengan Anwar dan DAP. Saya gurau dengan dia (pendirian Umno) ‘no Anwar, no DAP’ nampaknya dah berubah,” katanya lagi.

Pendirian tersebut ditetapkan ketika perhimpunan agung Umno dan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu. Ia dilihat sebagai halangan utama bagi Anwar dalam mendapatkan sokongan kem presiden Ahmad Zahid Hamidi dalam usahanya mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*