Pengasas Ajaran Mimpi Terakhir Ditahan Polis, Dakwa Masa Depan, Pernah Lihat Syurga Dan Neraka

Keterangan seorang wanita bergelar Sittah Annur yang dikaitkan dengan ajaran didakwa bertentangan dengan Islam, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dipercayai telah diambil semalam. Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, keterangan wanita berkenaan diambil dirumahnya di Selangor oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang- Undang (D5), Bukit Aman.

Kata beliau, selain Sittah Annur, suami bersama pengikut rapat wanita itu turut dirakam percakapan bagi meneliti pelbagai dakwaan yang dibuat.

“Keterangan diambil oleh tim D5, Bukit Aman,” katanya. Dalam pada itu, Utusan Malaysia turut mendapatkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan namun tiada pengesahan lanjut mengenai perkara itu.

“Tunggu kenyataan rasmi dari pihak saya,” ujarnya secara ringkas. Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai seorang wanita bergelar Sittah Annur dikaitkan dengan PMYT dan mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita itu juga mendakwa dirinya memiliki keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa akan berlaku pada masa depan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dilaporkan berkata, isu serta kegiatan wanita itu masih dalam kawalan dan PDRM tidak boleh terburu-buru bertindak kerana perlu mengumpul maklumat lengkap dalam siasatan dengan turut membabitkan jabatan lain, termasuk jabatan agama Islam.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*