Pengumuman Tergempar Negara Akan Berlaku Esok, Adakah Muhyiddin Yassin Akan Letak Jawatan?

Satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlaku esok. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof selepas Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika sebentar tadi.

“Insya-Allah akan ada pengumuman, apa-apa pun kita tunggu esok, kita nampak ada golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan,” jelasnya.

Tambahnya, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memastikan negara terus distrategikan dengan kepimpinan yang boleh memberi kesejahteraan rakyat.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*