Connect with us

Islamik

Pernah Dengar Tentang Sumpah Laknat? Sumpah Laknat Itu Apa Sebenarnya?

Published

on

Kita mengenali sumpah sebagai suatu ucapan yang merupakan pembelaan atau ucapan yang digunakan untuk membenarkan pernyataan dan biasanya dilakukan jika terdapat dua pihak yang berlawanan pendapat dan masing-masing memiliki perbezaan pendapat dan keyakinan yang mengarah pada persengketaan (baca konflik dalam keluarga).

Sumpah yang dilakukan oleh dua belah pihak untuk melaknat satu sama lain memang ada dalam sejarah Islam dan dikenali sebagai suatu upaya untuk membuktikan atau menguatkan ucapan seseorang.

Yang menjadi pentanyaan dalam hal ini ialah, adakah sumpah laknat dalam Islam dibenarkan dan bagaimana caranya?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukum sumpah laknat dalam Islam, baca penjelasan berikut, (baca bersumpah dalam Islam).

Maksud Sumpah Laknat

Sesuai dengan istilahnya, sumpah laknat adalah suatu sumpah yang dilakukan oleh dua orang atau lebih untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan tertentu dan berdusta.

Sumpah laknat merupakan suatu doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT untuk menunjukkan siapa yang berdusta dalam memutuskan suatu perkara.

Doa yang dipanjatkan tersebut adalah untuk meminta kepada Allah SWT menjatuhkan laknat pada pihak yang berdusta atau dengan menimpakan azab kepadanya.

Muhabalah

Sumpah laknat dikenali dengan istilah Muhabalah dalam Islam dan kadang-kadang sumpah ini menjadi salah satu kebiasaan dalam masyarakat dan dianggap sama dengan sumpah pocong (di Indonesia) walhal kedua-duanya berbeza.

Dalam Muhabalah, kedua-dua pihak yang melakukan sumpah berdoa kepada Allah untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang berdusta, namun sumpah pocong biasanya sumpah yang dilakukan untuk menjatuhkan laknat pada diri sendiri dan bukan pada orang lain.

Sejarah Sumpah Laknat

Sumpah laknat atau muhabalah sudah dikenali sejak zaman Rasul dan Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan sumpah ini dengan utusan kaum nasrani dari delegasi Najran untuk membuktikan suatu kebenaran.

Namun, saat itu para utusan Nasrani tersebut tidak berani mengambil sumpah kerana mereka takut dan secara tidak langsung membuktikan kebenaran Rasulullah SAW.

Menurut Hudzaifah r.a. salah seorang dari utusan tersebut berkata, ”Janganlah berbuat demikian kerana demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia, pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”

Perkara tersebut membuktikan bahawa sumpah untuk menjatuhkan laknat atau sumpah laknat boleh dilakukan oleh umat muslim sebagaimana yang dilakukan oleh Rasul SAW.

Meskipun demikian, sumpah haruslah diambil dengan memenuhi syarat-syarat tertentu dan memiliki adab yang harus dipatuhi.

Dasar Hukum Sumpah laknat

Mengenai perkara sumpah dalam Islam khususnya sumpah laknat atau muhabalah, seperti yang pernah dilakukan Nabi Muhammad, ayat berikut turun kerana Rasulullah meragui kelahiran Nabi Isa AS.

Hal ini disebutkan dalam firman Allah SWT ayat berikut ini:

“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. (Apa yang telah Kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya), “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta. Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar dan tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs Ali Imran: 59-61)

Syarat Melakukan Muhabalah

Sumpah laknat atau muhabalah boleh dilakukan oleh beberapa pihak jika terdapat suatu keadaan dimana tidak ditemui jalan keluar atau dengan kata lain, sumpah laknat atau muhabalah perlu dilakukan jika memenuhi syarat berikut;

1. Muhabalah boleh dilakukan jika tidak ditemui cara lain atau dengan kata lain muhabalah adalah pilihan terakhir untuk membuktikan suatu kebenaran dan menyelesaikan persengketaan diantara dua atau beberapa pihak.
2. Pihak yang akan melakukan sumpah laknat membawa keluarga dan kerabatnya sebagaimana disebutkan dalam dalil sebelumnya. Mereka yang hadir saat sumpah laknat dilakukan akan menjadi saksi apabila suatu hari nanti laknat yang ditimpakan terjadi kepada pihak yang berdusta.

Kedua belah pihak baik yang menuduh mahupun tertuduh mengucap sumpah secara berhadapan dan mengucapkan kalimat sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah SWT, misalnya jika seseorang dituduh melakukan zina (baca cara menghapus dosa zina).

Misalnya pihak yang tertuduh mengucapkan;

“Demi Allah, apa yang dituduhkan kepadaku tidak benar dan jika pihak yang menuduh menjatuhkan tuduhan palsu maka timpakanlah laknat kepadanya.

Sedangkan bagi pihak yang menuduh juga boleh mengucapkan sumpah;

“Demi Allah, tertuduh telah melakukan suatu perbuatan dan ia mengelaknya dengan mengatakan dusta, jatuhkan laknat kepadanya dan keluarganya apabila ia benar-benar berdusta.”

Selain memenuhi syarat tersebut dalam mengucapkan suatu muhabalah, selalulah mengucapkan nama Allah dan tidak dibolehkan mengucap atau bersumpah dengan selain nama Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut;

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa di antara kamu sekalian bersumpah lalu mengatakan dalam sumpahnya “demi Laata”, maka hendaknya ia segera mengucapkan `laa ilaaha illallah`. Dan barang siapa mengatakan kepada temannya, Marilah kita bermain judi, maka hendaklah ia bersedekah (sebagai kafaratnya).” (Shahih Muslim No.3107)

Sumpah laknat memang boleh menjadi penyelesaian untuk menyelesaikan pertikaian namun ada baiknya jika seorang muslim menyatakan kejujuran daripada dia dan keluarganya mendapat laknat Allah SWT.

Wallahu a’lam

Semoga memberi manfaat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending