Petua Berkesan Hilangkan Jerawat. Cuba Dulu Baru Tahu!

petua berkesan hilangkan jerawat

Muka Berjerawat? Jom Baca 11 Petua Berguna Ini Untuk Hilangkan Jerawat!

Assalamualaikum, anda mempunyai masalah jerawat di muka? Jerawat amat menjengkelkan di kala mereka timbul kerana dengan adanya jerawat, keyakinan diri seseorang akan terjejas dan malu untuk bergaul dengan orang sekeliling. Jerawat juga menyebabkan muka seseorang itu tampak merah, berbiji-biji dan kadang-kadang mengeluarkan air bisa yang sangat pedih. Anda bencikan jerawat? Sudah cuba bermacam produk tapi tidak berkesan? Jom baca 11 petua berkesan di bawah! petua berkesan hilangkan jerawat

petua berkesan hilangkan jerawat

1. PES SERBUK KUNYIT

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat. Anda akan rasa pedih sikit tapi bak kata orang putih, “beauty is pain”.

2. JUS DAUN PUDINA

Kisar daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Ini dapat menyegarkan wajah anda di samping mencuci liang poring di wajah. petua berkesan hilangkan jerawat

3. JUS BUAH LEMON

Perah jus lemon. Gunakan bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat. Lemon juga akan membuat wajah anda pedih kerana kandungan asidnya yang amat tinggi. Tapi jangan risau, nak cantik kena tahan la sakit.

4. BAWANG PUTIH

Potong bawang putih kepada dua bahagian dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang mampu merawat jerawat dengan cepat.

Mesti baca: Petua Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

5. UBAT GIGI

Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman. Jenama apa pun boleh. Try and error.

6. WAP PANAS

Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja dapat menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. PEK AIS

Ambil beberapa ketul ais. Letakkan ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecil dan mengecutkan jerawat. petua berkesan hilangkan jerawat

8. PES SERBUK KAYU MANIS

Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur. petua berkesan hilangkan jerawat

9. KULIT BUAH OREN

Kisar kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat. Akan rasa pedih dan kulit wajah akan terasa berdenyut-denyut. Jangan risau, tindak balas itu memang normal.

10. MADU

Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat. Semua orang tahu bahawa madu mengandungi pelbagai khasiat. Merawat jerawat juga salah satu khasiat madu.

11. JUS TIMUN

Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya. Timun dapat menyejukkan badan. petua berkesan hilangkan jerawat

Tuntasnya, bahan-bahan di atas semuanya bahan semulajadi tanpa bahan kimia jadi tidak akan ada risiko berlaku kerosakan wajah. Ianya selamat dicuba. Jangan sesuka hati mencuba pelbagai produk kulit kerana wajah anda bakal menjadi mangsa kerakusan anda.

Dah Baca?Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. SHARING IS CARING! Terima Kasih Kifarah Media!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*