Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Petua Berkesan Menghilangkan Bau Kaki Dengan Pantas

Kaki anda berbau? Anda hairan kenapa orang di sekeliling anda lari jauh dari anda? Anda rasa malu? Anda mungkin tidak sedar yang kaki anda berbau. Bau kaki yang amat boleh menyebabkan keyakinan diri menjadi rendah. Kita juga akan berasa malu untuk bergaul dengan orang ramai. Jom baca tips-tips berguna dibawah:

1. RENDAM DALAM AIR GARAM

Isikan satu baldi besar dengan air suam masukkan antara ½ hingga satu cawan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu.

Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.

2. RENDAM KAKI DENGAN CUKA

Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu. Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup. Cuka amat berkesan dalam menghindari kuman dan bakteria. Jika kaki anda beban ‘virus’ tersebut, maka kaki anda juga tidak akan mengeluarkan bau yang ‘wangi’.

3. RENDAM KAKI DALAM AIR REBUSAN TEH

Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu.

Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk meyerap semua bauan yang tidak menyenangkan!

4. PAKAI STOKIN YANG SESUAI

Sebaiknya pakai stokin yang diperbuat daripada nilon dan kapas. Stokin nilon memerangkap perpeluhan di kaki manakala stokin kapas pula memberi ruang bernafas.

Jika anda seorang yang kuat berpeluh terutamanya di bahagian kaki, digalakkan untuk membawa extra stokin dalam beg. Mudah untuk anda menukar stokin apabila berpeluh dengan banyak.

5. SEMBUR BAHAGIAN DALAM KASUT

Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan benda yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.

6. TABUR TEPUNG JAGUNG

Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut. Tepung jagung membuatkan kulit kita kering dan menghindarinya dari lembab. Bila kita berpeluh, kulit kita akan menjadi lembab lalu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan

Tuntasnya, jangan ambil remeh perkara ini. Kebersihan adalah asas dalam kehidupan. Setiap agama di dunia menggalakan kebersihan diri. Oleh kerana itu, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan diri agar kita dapat menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Add Comment