Connect with us

Petua Berguna

Petua Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

Published

on

Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel.

Sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah di dalamnya bagi merawat tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang tidak diingini, cuba ubah gaya hidup anda dari segi pemakanan dan senaman selain daripada mencuba penawar semula jadi untuk tekanan darah tinggi di rumah.

APAKAH ANTARA CARA MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI?

Ikuti petua berikut:

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.

Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia hanyalah salah sebuah taktik syarikat makanan untuk meningkatkan nilai produk mereka. Secara logiknya, sangat sukar untuk kita hidup tanpa rasa. Jadi bagaimana untuk berjuang menurunkan tekanan darah anda?

Anda hanya perlukan?:

-kemahuan anda sendiri

Cara-cara:

Pendek kata, kurangkan bahan perasa secara berkala untuk memasak anda. Dan sudah tentu, baca label pada makanan yang anda beli dengan teliti. Ingat hanya 2,300 atau kurang untuk pengambilan garam harian.

Penyelidikan intensif telah menunjukkan lebih banyak anda makan garam lebih banyak anda perlukannya. Generasi muda juga senang terpaut dengan pengambilan garam sejak awal usia lagi.

2. MAKAN BUNGA RAYA

Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana Bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin, yang memainkan peranan penting dalam sistem hormone renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.

Apa yang anda perlukan?:

-1-2 camca teh bunga raya kering

-1 cawan air masak

-Madu, lemon, atau 1-2 batang kayu manis (pilihan)

Cara-cara:

Didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kayu manis dan biarkan selama 5 minit. Tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3. MINUM AIR KELAPA

Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Apa yang anda perlukan?:

-8 auns, air kelapa organik segar

Cara-cara:

Minum 8 auns air kelapa 1-2 kali sehari. Pagi adalah pilihan waktu paling sesuai jika anda meminumnya sekali sehari, tetapi anda juga boleh mengambil air kelapa pagi dan malam untuk pengambilan dua kali sehari.

4. AMBIL MINYAK IKAN

Mungkin anda sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).

Apa yang anda perlukan?:

-Minyak ikan yang berkualiti tinggi

Cara-cara:

Saya lebih suka minyak ikan yang diambil bersama dengan jus oren berbanding pil yang mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan, mengikut jumlah yang disyorkan.

5. HERBA HAWTHORN UNTUK JANTUNG

Hawthorn Adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

Flavonoids dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit jantung seperti aritmia, rasa berdebar-debar, meningkatkan fungsi kapilari, mengawal metabolisme glukosa dan, sudah tentu, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Anda Boleh menikmati hawthorn Dalam Bentuk teh ATAU Dalam Bentuk “uncang”.

Apa yang anda perlukan?:

-4 camca serbuk beri hawthorn

-1/2-1 camca serbuk kayu manis

-Madu asli

-Air

-Serbuk Koko atau carob

Cara-cara:

Campurkan kayu manis dan serbuk hawthorn di dalam mangkuk bersama-sama. Tambah madu secukupnya serta air hingga menjadi pes. Campurkan dengan serbuk koko atau serbuk carob sehingga ia membentuk doh sehingga boleh membentuk menjadi bebola kecil. Bakar di dalam ketuhar pada suhu yang sangat rendah (tidak lebih daripada 150 darjah Fahrenheit) sehingga kering. Simpan di dalam balang kaca jauh daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk.

6. SENAMAN

Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

Apa yang anda perlukan?:

-Kuasa untuk berubah!

Cara-cara:

Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.

7. Ambil Bawang Putih

Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

Apa yang anda perlukan?:

-Tablet bawang putih berkualiti tinggi

Cara-cara:

Mengikut indikasi seperti di belakang botol.

8. AMBIL TEMBIKAI DI PAGI HARI

Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

Apa yang anda perlukan?:

-1-2 cawan jus tembikai segar

Cara-cara:

Setiap pagi makan tembikai semasa perut kosong.

9. Teh Halia-Pelaga

Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.

Dengan gabungan halia dan kayu manis, kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

Apa yang anda perlukan?:

-1/2 cawan air

-2-3 camca teh madu (sebagai perasa)

-1 camca teh buah pelaga

-1/2 sudu teh serbuk halia ATAU 2 sudu halia segar yang dicincang

-1 sudu teh serbuk kayu manis

-1 ½ sudu teh hitam atau 1 uncang teh

-1/2 cawan susu

-lesung

Cara-cara:

Hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus. Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu. Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel. Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.

10. POKOK CAT’S CLAW

Cat’s Claw (Uncaria tomentosa) adalah tumbuhan memanjat yang dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan. Kajian tabung uji menunjukkan pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi) oleh itu boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

Ia juga boleh bertindak sebagai diuretik ringan, menyingkirkan garam yang tidak diperlukan dan air dalam badan. Tanin dan flavonoid mungkin menjadi penyumbang utama dalam penyembuhan ini.

Rebusan yang lama lebih sesuai untuk tumbuhan ini berbanding teh kerana ia mempunyai kayu yang keras dan akar serabut. Walaubagaimanapun, pengambilan tumbuhan ini perlu dielakkan oleh golongan wanita yang hamil.

Apa yang anda perlukan?:

-1-2 camca of herba yang dikeringkan

-1 ½-2 cawan air sejuk

-Madu atau lemon sebagai perasa

Cara-cara:

Campurkan herba dan air dalam periuk kecil dengan api yang perlahan. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 40-45 minit. Tambah lagi air (jika kurang) bergantung pada citarasa anda. Tambah madu atau lemon jika anda mahu dan minumnya sekali sehari.

11. SIRAP BLUEBERRY

Sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda. Blueberry kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

Apa yang anda perlukan?:

-8 sudu blueberry kering ATAU 4 sudu setiap bluberi kering dan berry lain.

-4 Cawan air

-1 Cawan madu

– Periuk, penapis, balang kaca dengan penutup kedap udara

Cara-cara:

Tambah beri kering ke dalam air dan reneh dengan api yang perlahan sehingga airnya berkurang separuh. Perahkan jus dari buah dan tuangkannya ke dalam periuk.

Masukkan madu dan masak hingga sebati. Untuk mendapatkan sirap yang pekat, panaskan madu dan jus buah di atas api yang sederhana selama 20 minit. Jika anda tidak mahu membuat dalam sediaan sirap, skip langkah ini. Setelah siap, simpan dalam peti sejuk selama 3-4 minggu. Ambil 1 sudu besar dua kali sehari.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

India Cipta Cip Telefon Dari Taik Lembu “Najis Lembu Mampu Mengurangkan Radiasi Dan Melindungi Manusia”

Published

on

India Cipta Cip Telefon Dari Taik Lembu “Najis Lembu Mampu Mengurangkan Radiasi Dan Melindungi Manusia”

New Delhi: Cip mesra alam untuk telefon pintar diperbuat daripada najis lembu.

Penemuan itu diperoleh sebuah agensi di bawah kerajaan India, Rahstriya Kamdhenu Aayog (RKA) yang mengumumkan penghasilan cip anti-radiasi yang mampu mengurangkan kadar radiasi daripada penggunaan telefon pintar itu.

Media tempatan melaporkan, Pengerusi RKA, Vallabhbhai Kathiria berkata, cip diberi nama Gausatva Kavach ini dikilangkan syarikat Shrijee Gaushala di bandar Rajkot, India.

Katanya, najis lembu mampu mengurangkan radiasi dan mampu melindungi manusia.

“Secara saintifiknya, cip ini boleh digunakan di telefon pintar untuk melindungi manusia dari penyakit.

“Kami sudah memulakan penyelidikan ini. Kami mahu ada penyelidikan yang kami dianggap sebagai mitos.

“Pelakon terkenal Bollywood Akshay Kumar juga mengamalkan meminum air kencing lembu untuk kesihatan,” katanya.

Menurutnya, cip itu boleh disimpan di dalam kenderaan dan pengurangan radiasi dapat dilihat secara signifikan. Ia dijual pada harga 50 Rupee (kira-kira RM2.80) hingga Rs70 (kira-kira RM4) setiap satu. RKA ialah institut penyelidikan di bawah Kementerian Perikanan, Penternakan Haiwan dan Tenusu di India.

Ia juga berperanan mengendalikan penternakan mengikut garis moden dan saintifik dan mengambil langkah untuk memelihara, memperbaiki keturunan,melarang penyembelihan lembu, anak lembu, lembu lain dan ternakan.

Agensi itu adalah badan penasihat tertinggi tinggi dengan mandat untuk membantu kerajaan India mengembangkan program yang sesuai untuk pemuliharaan, pembangunan lestari dan peningkatan genetik baka asli.

Continue Reading

Petua Berguna

Cara Bersihkan Kuisyen Kereta Hanya RM10 Je! Kalau Hantar Kedai Confirm Kena Kaw2

Published

on

Cara Bersihkan Kuisyen Kereta Hanya RM10 Je! Kalau Hantar Kedai Confirm Kena Kaw2

Kalau kereta famili biasanya tak sah kalau kusyennya tiada kesan kotoran hasil tumpahan air minuman, makanan, malah air liur anak pun ada. Punyalah banyak dah nampak macam peta. Jika dah begini keadaannya rasanya wajar dicuci. Kita boleh hantar di kedai dan sediakan kos pembersihanyang mungkin cecah lebih RM100.

Tapi kan buat apa nak bazirkan duit kalau kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM10. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Caranya dikongsi oleh Farizah Mohamed.

Kalau hantar kedai mahal

Nak share benda best untuk cuci kusyen kereta. Takdelah berpeta/berdebu lagi. Boleh juga bersihkan karpet, sofa & tilam ! Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR. DIY RM6+ saja. Memang puas hati. Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg saya beli ni RM6.75. Satu lagi utk tough stain RM15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yg RM6+ ni sebab siap dengan berus sekali.

Step by step bersihkan kusyen

  1. Vacum dulu kusyen kereta. Ini supaya habuk/debu tak kacau proses pembersihan.
  2. Kemudian goncang tin foam cleaner. Selepas itu sembur dengan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen. Banyak pun tak apa. Semburan akan keluarkan buih-buih putih.

3. Lepas tu guna berus yang disertakan pada penutup untuk gosok kotoran dan supaya meresap dalam kusyen tu.

4. Tunggu dalam 2-3 minit, biar meresap kemudian boleh berus lagi. Lagi best ambil kain basah dan tonyoh pada kotoran.

5. Kalau tak puas hati spray lagi. Kesan kotoran yg dah lama mungkin kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering. Tadaa…bersih dah! Jimat pun jimat!

Hasilnya!

Continue Reading

Petua Berguna

10 Tanda-Tanda Yang Perlu Isteri Tahu Bila Suami Ada Orang Lain

Published

on

10 Tanda-Tanda Yang Perlu Isteri Tahu Bila Suami Ada Orang Lain

Tanda Suami Curang

Benar dan tidak disangkal, ramai juga isteri curang. Namun, apa yang selalu kita dengar ialah suami curang. Tanda suami curang itu tidak perlu dicari. Tiba masanya, ia bocor sendiri. Jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang. Usah pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang isteri sendiri tidak sedar. Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ‘family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.

Mari kita tengok, apakah ciri-ciri atau punca suami curang?

1. Marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami

Bila isteri tanya, “Malam semalam pergi mana?”. Suami jawab, “Eh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ‘call’ Mizan tu”, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara? Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ‘location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.

2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan sek sual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ‘bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.

3. Tiba-tiba berperwatakan kemas & berpenampilan menarik

Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ‘tuck-in’ baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-shirt, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan seterika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ‘trim’.

Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.

4. Perubahan sikap suami yang ketara

Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah ‘mood‘ suami juga berubah-ubah. Sekejap baik yang melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa, dia berasa takut dan cemas.

5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau ‘handphone’ dalam tandas. Alasan suami untuk bermain ‘game’ sebenarnya adalah satu penipuan yang perlu diselidiki. Suami sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak.

6. Telefon bimbit ada ‘password‘

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan ‘password’ pada ‘handphone’, dengan alasan takut anak ‘delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.

7. Menjadi seorang perahsia & tidak mahu bercakap

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia ‘penat’ untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.

8. Asyik suruh isteri balik rumah mak

Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan malu melawat mak dan ayah. Sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. “Ada banyak kerja, selalu balik lambat” katanya. Alasan yang tidak munasabah.

Dulu tidak pernah tolong ‘packing’ beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa pulang.

9. Naluri seorang isteri, ‘6th sense‘ atau ‘woman instinct‘ selalunya betul

Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa “Macam ada ‘something’ yang tak kena je“, ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak perlu diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.

10. Terlebih ‘caring’ pada isteri

Selalunya, suami kita tidak begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebab itulah asyik senantiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.

Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Continue Reading

Trending