Polis Akan Bawa Pulang Sajat Yang Didakwa Lakukan Jenayah Di Luar Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang ditahan di Thailand pada 8 September lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, permohonan itu akan dibuat dalam tempoh masa yang terdekat.

“Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Abd. Jalil turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan provokasi yang boleh menganggu siasatan polis.

Ujarnya, PDRM turut menyeru orang ramai tidak berkongsi maklumat salah berkaitan isu ini yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam. Semalam, Abd. Jalil dilaporkan berkata, pihaknya sedang melengkapkan dokumentasi untuk membawa pulang usahawan kosmetik itu.

Sebelum ini, media melaporkan usahawan terbabit ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand, bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen.

Nur Sajat pada 9 September lalu didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara terbabit namun dia dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan. Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

kredit utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*