Polis bantuan m4ut dig1lis kereta

Polis bantuan m4ut dig1lis kereta

KUALA LANGAT – Seorang polis bantuan m4ut selepas motosikal ditunggangnya terbab4s sebelum dig1lis sebuah kereta di Kilometer 21, Jalan Klang-Banting-Port Dickson di sini hari ini.

M4ngsa, Muhammad Arif Asyraf Abdul Manaf, 31, yang bekerja di syarikat Amsteel men1ngg4l dunia di lokasi kejadian akibat p4rah di kep4la dan b4dan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sias4tan awal mendapati kejadian berlaku ketika m4ngsa yang menunggang motosikal jenis Demak dalam perjalanan ke Banting dari Klang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian m4ngsa telah hil4ng kaw4lan dan terb4bas lalu mel4nggar besi pengh4dang jalan.

“Akibat pel4ngg4ran tersebut m4ngsa telah terj4tuh ke jalan raya sebelum sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki berusia 59 tahun g4gal mengel4k sebelum mengg1lis m4ngsa.

“M4ngsa yang disahkan meningg4l dunia di lokasi telah dihantar ke Hospital Banting untuk bed4h si4sat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Azizan, pemandu kereta yang merupakan pekerja pendawaian elektrik tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*