Rahsia Buat Sambal Belacan, Tak Hapak, Tahan Lama Dan Sedap Dimakan

Pergilah ke pelusuk dunia mana pun pasti merindukan rasa sambal. Memang rasanya tidak lengkap bila nikmati
hidangan nasi berlauk tanpa sambal. Nikmatnya rasa sambal tidak dapat dinafikan, sudah pastinya ia menu sampingan penyedap yang mempunyai pelbagai rasa dan bahan.

Ada pelbagai jenis sambal termasuklah kuinin, mempelam muda, ikan bilis petai dan tempoyak, belacan, belacan
kulit limau, ikan bilis cili padi, kicap cili potong, air asam lada picit, gesek ikan bilis dan sebagainya. Ayuh kali ini kita lihat sambal versi Nurulain yang turut berkongsikan rahsia membuat sambal belacan yang
wangi dan dapat tahan lebih lama bahkan lebih beraroma dan sedap!

  1. Bahan-bahannya:
  • 6 biji limau kasturi (buang biji)
  • 50 gram belacan yang telah dibakar
  • 3 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
  • 8 biji cili padi hijau
  • 25 biji cili padi merah
  • 100ml air asam jawa pekat
  • Masukkan sedikit gula dan garam
  1. Cara-cara membuatnya;

Campurkan semua bahan dan kisarkan dalam mesin pengisar.(Terpulang kepada korang ingin kasar atau
sebaliknya). Siap! Boleh dihidangkan. Selain itu, ini pula tip untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

  1. Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.
  2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.
  3. Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
  4. Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Semoga bermanfaat!

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*