Ramai Hairan Bagaimana “Datuk Seri” Lolos Dari SPRM, Ini Cerita Sebenarnya Yang Berlaku

Ramai Hairan Bagaimana “Datuk Seri” Lolos Dari SPRM, Ini Cerita Sebenarnya Yang Berlaku

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Sejak semalam warga maya di media sosial berteka-teki dan hangat membincangkan tentang isu seorang suspek utama yang dikaitkan dengan kes Macau Scam lari dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ itu dilapor memanjat pagar belakang bangunan di Putrajaya bagi mengelakkan diri dari ditahan polis selepas hadir untuk proses dokumentasi jaminan.

Bermacam-macam teori dikemukakan warga maya, bagaimana seorang lelaki berbadan besar mampu memanjat tembok berpagar setinggi lebih tiga meter.

Ada yang mendakwa Datuk Seri itu memiliki ilmu seni pertahan diri kung fu, ada juga yang mengatakan lelaki itu mahir teknik lompatan ‘parkour’.

Namun sangkaan itu semua meleset apabila portal Harian Metro melaporkan lelaki itu sebaliknya lolos dengan bantuan dua pengawal peribadinya.

Laporan yang memetik sumber berkata, kejadian berlaku Ahad lalu ketika lelaki itu bersama 10 suspek lain dibawa semula ke pejabat SPRM

Selesai urusan, empat kenderaan model Velfire masuk ke bangunan SPRM bagi menjemput Datuk Seri itu pulang.

Namun terdapat beberapa anggota polis sedang menunggu di pintu pagar utama, bersedia untuk menangkap 11 suspek terbabit.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri,” portal itu dipetik.

Tambah sumber itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memanjat pagar, kemudian terdapat sebuah kereta Perodua Myvi menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*