Connect with us

Islamik

Rumahtangga Serba Tak Kena, Rasa Nak Marah dan Kerap Prasangka Buruk Pada Pasangan Adalah Disebabkan Oleh Jin Ini!

Published

on

Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.

Perlu Tahu Mengenai “Dasim”

1. Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2. Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

3. Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4. Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.

Al-Munawi menjelaskan mengenai hadith ini,

إن هذا تهويل عظيم في ذم التفريق حيث كان أعظم مقاصد اللعين لما فيه من انقطاع النسل وانصرام بني آدم وتوقع وقوع الزنا الذي هو أعظم الكبائر

“Hadith ini menunjukan peringatan yang sangat menakutkan tentang celaan terhadap perceraian. Hal ini merupakan tujuan terbesar (Iblis) yang terlaknat karena perceraian mengakibatkan terputusnya keturunan. Bersendiriannya (tidak ada pasangan suami/istri) anak keturunan Nabi Adam akan menjerumuskan mereka ke perbuatan zina yang termasuk dosa-dosa besar yang paling besar menimbulkan kerosakan dan yang paling menyulitkan” [Faidhul Qadiir II/408]

Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

6 TIPS ELAKKAN HASUTAN DASIM

1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.

4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.

6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!

Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!

Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Syukur Alhamdulillah Bob Lokman Selamat

Published

on

Syukur Alhamdulillah Bob Lokman Selamat

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman selamat menjalani pembe dahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jan tungnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Menurut rakannya, Mohammad Abdullah, 58, keadaan Bob, 56, kini stabil dan dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU) hospital berkenaan.

“Alhamdulillah, saya diberitahu oleh isterinya, Bob berada dalam keadaan stabil, mungkin sedikit lemah kesan bius.

“Selesai pembeda han pukul 2.30 petang semalam, beliau terus dimasukkan di CCU HSB untuk pemantauan,” katanya memetik laporan Utusan Online di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum pembeda han tersebut, Bob sempat memaklumkan bahawa beliau ingin berehat beberapa hari sebelum bertemu dengan pelawat.

“Dia kata nak rehat lima hari sebelum jumpa sesiapa,” katanya.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jan tung.

Menurutnya, Bob yang mempunyai masalah jan tung sejak 1998 dimasukkan ke HUSM setelah mengadu sa kit dada. – MalaysiaGazette

Ustaz Ebit Lew bersama Bob Lokman

Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.

Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Kubang Kerian Kelantan ziarah Bob Lokman. Saya balik petang ini. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembeda han jan tung esok.

Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya.

Bob Lokman menangis jer tadi.

Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat.

Continue Reading

Islamik

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Published

on

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Bismillah, Pemergian tokoh pendakwah tanah air Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus mendapat liputan meluas media perdana dan dikongsi warganet di laman sosial. Apatah pmergiannya begitu baik sekali, meninggI pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan di bulan ramadan, sebaik-baik bulan.

Sementara itu, seorang individu bernama Ustaz Halim Din telah menceritakan pengalaman luar biasa ketika menghadiri pengebvmian almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus. Berikut perkongsian beliau;

Belum Terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebvmian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi. Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi harini, bersaksi mata kepala sendiri.

Suasana redup dari awal pagi sehingga lah solat jnzah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jnzah Almarhum Ustaz Ismail Kamus. Semasa di tanah perkubvran pula, matahari mula memancarkan teriknya..sehinggalah van jnzah tiba.. kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jnzah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jnzah diturunkan ke Iiang Iahad dan kedengaran tukang gali kubvr meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi Iiang Iahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNYA bagi balasan kepada hamba2 yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNYA, berjuang diatas jalanNYA, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci..

Subhanallah.. tak henti2 mulut ini bertasbih memuji kebesaran sang pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaaaahuuakhbar!!

Berikut 10 mutiara kata Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus untuk pedoman semua. Dikumpulkan oleh : Zaim Zin.

  1. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, m4ti pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  2. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  3. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  4. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  5. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan ker3sahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  6. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  7. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”11) “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  8. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  9. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  10. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
Continue Reading

Islamik

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Published

on

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kemat1an kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, mat1nya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mat1. Kita akan mat1 di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mat1. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mat1 dibun0h ketika solat. Saidina Othman, mat1 ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kemat1an yang mereka ukir.

Bukti kemat1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mat1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kemat1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kemat1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kemat1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Continue Reading

Trending