Satu Negara Lumpuh, Sistem Siber Stesen Minyak Berjaya Digodam Oleh “Hackers” Professional

Iran telah mendakwa bahawa stesen minyak di negara itu tidak dapat beroperasi seperti biasa disebabkan oleh serangan siber. Menurut Forbes, serangan siber itu menyasarkan pam di bandar-bandar di seluruh negara.  Laporan media tempatan juga menunjukkan bahawa sistem yang terjejas itu terpaksa ditutup dan dimulakan semula untuk beroperasi seperti biasa.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Difahamkan, National Iranian Oil Products Distribution Co telah berusaha untuk menangani isu tersebut. Sementara, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi pula mengesahkan bahawa ia berpunca daripada serangan siber.

Dalam pada itu, tular juga satu foto yang memaparkan tulisan yang tertera pada skrin pam minyak iaitu ‘serangan siber 64411’.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan betapa seriusnya perkara ini atau siapa dalangnya,” kata naib presiden perisikan anacaman keselamatan siberu AS Mandiant, John Hultquist.

Iran adalah pengeluar minyak utama dan telah memberi banyak subsidi petrol domestiknya. Pada 2019, apabila Iran meningkatkan kos bahan api sebanyak 50 peratus protes telah berlaku di seluruh negara.

Sebelum ini banyak infrastruktur kritikal negara dilaporkan telah menjadi sasaran penggodam termasuk skrin stesen kereta api dirosakkan, ia menganggu pengangkutan di seluruh negara.

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*