Connect with us

Luahan

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Published

on

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Assalamualaikum hai admin. Saya salah seorang isteri yang selalu msj kawan2 lelaki dia media social. Saya sunyi sungguh. suami saya langsung tak peduli. tak pernah ambil tahu pasal saya. lagi pula kami sekarang pjj. sepatutnya pjj ni dapat lagi mengeratkn hubungan kta bila berjumpa tapi bila berjumpa saya boleh rasa kasih sayang kami dah tak macam dulu lagi.

sekarang anak2 semua dengan suami. dulu penah pjj anak2 dengan saya dan suami penah kantoi ada perempuan lain. sejak dari hari tu perasaan tu dah lain sampai la sekarang. saya nak berpisah tapi fikirkan anak2. suami dah berjanji dia akan berubah. dan saya nampak semua tu tapi perasaan kasih sayang dalam rumah tangga antara kami macam kekurangan sesuatu.

saya cuba nak sayang balik tapi dah tak ade perasaan tu. dia nak berubah tetapi perangai baran dia tetap tak boleh berubah. ego dia terlampau tinggi. mungkin sebab tu saya dah tak boleh nak rasa sayang dalam rumah tangga kami. saya msj lelaki laen di media sosial hanya nak ilangkn rasa bosan. tak semua lelaki jahat kat media social. ada yang boleh buat kawan bagi nasihat bagi semangat dan kongsi ilmu agama.

Saya dah kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan. Memang la orang kat lelaki buaye tunggu mangsa je tapi saya cuma nak rasa care tu je tak adela sampai feeling jatuh cinta. Cuma jatuh cinta dengan cara dorang sebagai suami handle kuarga jalankan tanggungjawab bimbing kuarga. Kadang jadi sumber inspirasi untuk saya buat bnda yang sama pada kuarga saya..

Tapi itula bila kata nak ubah sesuatu tanpa dorongan kita sendri akan rasa down. Betul kan? saya cuba nak pulih balik hubungam suami isteri tapi macam saya sorang je berusaha untuk ke arah tu. Berapa kali dah cuba tapi tetap keputusan yang sama sampai saya sndri dah pasrah. Hanya ikut perancgan Allah. Follow je apa nak jadi esok, lusa, tulat. tak ade dah nak plan pape. Tapi saya bertahan sebab anak2.

Sepatutnya kalau pjj ni kita akan rasa kasih sayang tu akan erat lg kan. Tapi tak untuk saya dengan suami. untuk wasap bertnya kabar, makan apa hari ni jauh sekali nak tanya. tel bila dia perlu sesuatu. Saya akan tel 3 kali sehari untuk anak2. kadang2 vc pun susah untuk dia bercakap dengan saya. tak apelah sekarang2nya saya call nak tengok keadaan anak2.

Saya cuma nak nasihat untuk suami sekalian jangan la awak2 semua abaikn isteri awak semua. Kawen berapa lama pun isteri tetap nak perhatian dari somi. Sape lagi dia nak perhatian kalau bukan somi sendri? perempuan atau isteri ni dia bukan minta banyak pun kalau hari2 wasap tanya buat apa dah sarapan ke, makan tengah hari dah ke. Lauk apa makan. ws hari2 benda yang sama pun dah cukup buat dia rasa dia la paling bertuah kat dunia ni sebab ada orang care pasal dia.

Bukan nya perlu janji bulan dan bintang. Perempuan kan complicated haahah..
Tp ws sesimple tu dah boleh buat dia tersenyum sepanjang hari. Bukan semua perempuan curang hanya sebab dok mesej lelaki di media social. Memang tak elok untuk sesebuah hubunga tapi perlu pandai pilih berkawan. Tu bagi sayaa tp orang len saya tak pasti.

Saya mnta maaf pasal tu. Saya tahu ada yang akan kecam pasni. Suruh perhatikan suami masing2 kan hahah. Jangan la salahkn isteri bila isteri chat kt media social tapi sebagai suami perhati balik apa yang kurang dalam hub somo isteri. Isteri kalau lengkap ajaran yang somi ajar dia tak akan buat semua tu. Dapat somi yang ada tsnggjawab, tahu hukum bimbing isteri insayaaAllah bahagia smua tu

Saya tulis smua ni sebab saya yang sendiri yang pikul tanggungjawab tu sebab tu saya rasa saya perlu di sayangi saya perlu perhatian tapi saya takdpt semua tu. Saya di lepaskan sendri selepas saya boleh berdikari jalankan tanggungjawab semua tu. Saya berkawan bukan niat nak rampas suami orang tapi saya cuma berbual kosong bagi semangat pada saya untuk terus bersabar.

Kuat hadapi ujian ni. Tak semua lelaki kt media social jahat. Tolong hargai isteri awak2 semua. Tolong ingat balik pergorbanan yang isteri awak2 smua lakukan untuk kuarga untuk awak sebagai somi. Kalau dapat isteri yang pandai berdikari jangan la lepaskn tangan. Hargai mereka sanjungi mereka. Bukan minta emas setinggi tgu tapi cukup la perhatian.

Ada bila isteri nak luah masalah tolong jadi pendengar walau tak dapat selesai masalah. Janganla bebanakn isteri melebihi dari diri mereka sndri. Isteri takkan mengeluh demi somi tercinta tapi apabila isteri dah menolong jangan la suami lepaskan tangan pulak. Tolong hargai isteri awak2 smua. merajuk isteri makan masa lama.

Luahan

Budak bayar guna syiling sebab kempunan makan pizza Tiada niat langsung men1pu Foodpanda

Published

on

Budak bayar guna syiling sebab kempunan makan pizza Tiada niat langsung men1pu Foodpanda

Seorang pengguna laman Twitter, @idealuzair berkongsi kisah lucu rakannya Faiz Rosman yang bekerja sebagai penghantar makanan yang menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.

Menerusi posting tersebut, lelaki itu berkongsi paparan skrin perbualan Whatsapp bersama rakannya yang bercerita mengenai detik-detik ketika menghantar pizza ke rumah kanak-kanak berkenaan.

‘Scammer alert’,

Bayar guna duit syiling

Setelah sampai di sana, Faiz berkata dia menerima sejumlah duit syiling dalam satu beg plastik sebagai pembayaran dan terus beredar tanpa sempat untuk mengira kerana dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas menukar duit syiling berkenaan di sebuah pam petrol, dia menyedari bahawa kanak-kanak itu hanya membayar RM18 dimana jumlah sebenar adalah RM28.50.

Sengaja mahu mengusik, Faiz bertanya semula kepada kanak-kanak itu melalui Whatsapp dengan memberitahu bahawa jumlah pembayaran sebelum ini tidak mencukupi selain bergurau ingin membuat laporan polis.

Saya cuma teringin bang…

Risau dengan keadaan itu, kanak-kanak tersebut meminta penghantar makanan berkenaan datang kembali ke rumahnya dan berjanji akan membayar baki RM15 lagi.

Bagaimanapun, Faiz menghalalkan baki tersebut dan menyifatkan itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan yang telah lama teringin untuk menikmati pizza.

“Saya takut ayah saya marah. Saya cuma teringin nak makan. Abang datang lah rumah saya, saya bagi RM15 duit makanan & penghantaran,” kata kanak-kanak tersebut.

Sumber: Twitter

Continue Reading

Luahan

“KWSP duit rakyat”, Ini permintaan Najib Kepada Kerajaan

Published

on

“KWSP duit rakyat”, Ini permintaan Najib Kepada Kerajaan

MALAYSIA: CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kema rahan ramai pencarum terhadap syarat-syaratnya yang ketat.

Najib berkata, proses pengeluaran skim i-Sinar masih mempunyai kekurangan yang perlu diperbaiki dan ditambah baik demi kepentingan pencarum.

“Ini jelas kelihatan dari jumlah komen mencecah 50,000 ribu di ruang komen posting saya malam semalam di mana hampir 99% adalah komen yang berbunyi i-Ke cewa, i-Ken cing dan i-Ma rah,” katanya, merujuk kepada komen rakyat Malaysia yang mengadu di Facebook beliau.

Najib menjelaskan berdasarkan komen-komen tersebut agak ketara ramai pencarum yang kece wa dan rasa dipermainkan kerajaan.

“Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut sebab rasa telah dipermainkan pemerintah.

“Saya percaya jumlah komen yang mencecah 50,000 adalah satu petunjuk bagi kema rahan Rakyat.

“Sebab itu, saya tuntut kerajaan PN untuk sekali lagi menambah baik skim i-Sinar dengan tidak lagi mengenakan apa-apa syarat bagi mana-mana ahli yang ingin mengeluarkan simpanan mereka untuk menghadapi krisis pandemik yang sudah melanda kita selama 10 bulan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kerajaan seharusnya mempermudahkan proses pengeluaran dan meletakkan kepercayaan kepada rakyat kerana hanya rakyat sendiri yang memahami cabaran kewangan yang sedang mereka hadapi sekarang.

“Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak,” katanya.

Dalam pada, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan yang ditimbulkan para pencarum berkenaan syarat pengeluaran i-Sinar.

“Adakah ianya logik bahawa ahli dengan pendapatan RM10k sebulan yang turun 30% menjadi RM7k dianggap terjejas tetapi ahli dengan pendapatan RM2k sebulan yang turun 20% menjadi RM1,600 tidak dikira sebagai terjejas dan tidak layak?

“Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.

“Sebab itu, ianya bukan tanggung jawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.

“Ianya juga bukan tanggung jawab kerajaan untuk menafi Rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak.

“Sebaliknya, tanggung jawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Cooviid berakhir,” ujarnya.

‘Duit KWSP, duit dan hak rakyat’- Najib

SHAH ALAM – Ramai rakyat meluahkan rasa kece wa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengenai dua kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, tindakan yang dibuat oleh pihak KWSP amatlah tidak wajar kerana duit KWSP itu sebenarnya hak milik rakyat.

Menurutnya, pihak KWSP sepatutnya membenarkan semua pencarum mengeluarkan RM10,000 secara pukal tanpa meletakkan syarat sedemikian.

“Kalau mereka nak keluarkan RM10,000 terpulang lah kepada mereka. Kalau mereka tak perlu, mereka tak kan berbuat demikian.

“Jadi, kita mesti percaya kepada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri. Hidup mereka juga amat tertekan dan ada yang perlukan duit ini untuk kecemasan kini,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan benar-benar prihatin dan peka dengan tuntutan rakyat, maka pihak mereka perlu mengubah dan melakukan penambahbaikan terhadap pengumuman yang dibuat oleh pihak KWSP semalam.

“Saya akan terus memperjuangkan hasrat rakyat dan pada saya kalau kerajaan masih mengekalkan syarat-syarat yang ketat ini, maka saya yakin perkara ini akan mengundang kema rahan rakyat secara berterusan,” kata beliau lagi dalam hantaran tersebut.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan berkata, kriteria bagi kategori satu meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Kriteria bagi kategori dua pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Sumber: SinarHarian/Suaratv

Continue Reading

Luahan

“Akulah Suami and Aku juga Orang Gaji” Isteri aku ni jenis pemalas siap suruh nikah dengan orang lain kalau dh tak suka

Published

on

“Akulah Suami and Aku juga Orang Gaji” Isteri aku ni jenis pemalas siap suruh nikah dengan orang lain kalau dh tak suka

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum pembaca. Saya berumur 35 tahun berasal dari Selangor. Sudah berkahwin selama 5 tahun. Saya ingin memberi nasihat dan inginkan nasihat dari kalian semua

Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul betul tertekan dengan sikap isteri saya.Saya berasa menyesal kerana memanjakan isteri.

Isteri saya muda dua tahun dari saya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Saya yang melamarnya selepas habis belajar dulu.

Saya sebelum berumah tangga, saya selalu membaca KRT dan dengar kuliah agma tentang tanggungjawab suami.

Saya memang catit satu satu kesilapan suami yang ditulis dalam itu dan belajar daripadanya.

Tetapi apa yang dipraktikkan semuanya seperti ‘backfired’ dan saya teramat penat.

Contohnya, kami dua dua bekerja dalam unit beruniform.

Sekarang dalam urusan rumah tangga. Sayalah yang selalu buat semuanya

1. Memasak

Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengah hari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih).

Saya akan bangun seawal 5 pagi untuk siapkan makanan bekal untuk dia. Saya memang belajar memasak sebelum kawin kerana niat nak kurangkan kerja bakal isteri di rumah.

Lepas kerja balik pun saya yang siapkan.Saya yang hidangkan atas meja makan dan saya jugak yang mengemas selepas makan.

Saya buat semua tu atas rasa sayang kepada isteri, tetapi sampai 5 tahun ni, disebabkan saya selalu manjakan isteri, isteri sampai tak tahu masak apa apa.

Even maggi pun dia mintak saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali saya cuba mengajar, tapi dia marah. Katanya memasak tu tanggung jawab suami, bukannya isteri. Hmm

Dia akan bukak vdeo yutube ceramah kuat kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

2. Mengemas

Hujung minggu selalunya dia akan tidur. Saya yamg akan mengemas selalunya. Mop,sapu sampah, vakuum dan sebagainya.

Kalau hujung minggu tu saya terpaksa kerja, memang berseleraklah rumah tu. Kalau rumah bersepah, dia akan marah marah. Dia cakap tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.

Dia cakap mengemas ni tanggungjawab suami. Sekali lagi, video yang sama akan dimainkannya kalau saya bergduh dengannya tentang rumah berselerak. Gaji saya tidak cukup untuk mengupah orang gaji atau pekerja pembersihan

3. Pakaian

Semua baju baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami.Dia sampai tidak tahu guna masin basuh baju, kerana dari dulu ibunya yang buatkan semuanya.

4. Tidur

Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahinya. Dia akan marah marah kalau cadar tidak tegang. Terus merajuk tak nak tidur sekali.

5. Hubungan suami – isteri

Kami jarang sekali ‘bersama’. Awal awal perkahwinan dulu sahaja yang kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan.

Ini kerana isteri saya tidak suka. Katanya perbuatan itu merimaskan dia.Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada nfsu.

Dan jalan yang baik melepaskan nfsu adalah ‘bersama’ isteri. Bila saya ingatkan tanggungjawab isteri, dia akan bagi tapi dalam keadaan tidak rela. Dan selalunya dia nak ‘cepat habiskan’.

Selalunya selepas ‘bersama’ saya mesti dimarahinya. Katanya saya tidak memahaminya yang tidak suka perbuatan tu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nfsu saya.

Saya selalu menasihatinya. Bercakap dengan lembut. Saya selalu mengajaknya mengaji setiap hari. Tetapi dia masih bersifat sedemikian.

Dia akan mengagung agungkan ustazz ustazz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain. Saya selalu bergduh dengannya.

Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah.

Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni.

Reaksi Warganet

Orked Lee –Maaf la nak cakap, isteri awak ni ibu segala pemalas ni. Rasanya ramai lagi dekat luar yang suami manjakan isteri.

Tapi isteri tu kalau jenis dia rajin dia sendiri akan buat kerja rumah contoh pasal rumah sepah.

Kalau jenis pembersih dia sendiri yang akan kemas dan bersihkan rumah. Tapi sory to say lah wife awk ni pemalas campur pengotor pun ye.

Shida Shamsudin –Wah hebatnya isteri encik. Hmm kita orang perempuan ni kenalah sama sama tolak ansur. Dah dapat suami ringan tulang sama sama lah ringankan beban suami. Dah sama sama cari rezeki, bahagi bahagikan tugas.

Ustazz pun ade cakap dalam rumah tangga kena ada rasa kasih dan cinta. Isteri penat suami tolong isteri, suami wajib buat kerja rumah?

Jangan lupa suami berhak minta sorang isteri buat apa yang dirasakan berpatutan dan tak salah disisi agma.

Hendakkan kerukunan rumahtangga dua dua kena main peranan. Tak boleh salah seorang jadi raja dan ego.

Mozainast Ismail –Adik, 5 tahun sudah cukup lama untuk bersabar. Jika masih sanggup bersabar, teruskan tapi memandangkan adik sudah sedar maka wajar dibaiki.

1. Pilih seseorang yang berkecuali untuk menasihati isteri.

2. Rujuk kaunseling keluarga untuk penyelesaian masalah.

3. Rujuk pejabat agma Islam.

Semoga dipermudahkan urusan kamu ye, dik.

Rizwana Bashir –Ya Allah ruginya la isteri awak ni. Tak pandai menghargai langsung. Ramai wanita yang ters3ksa sebab dapat suami pemalas. Cuba hargai diri awak dulu then decide.

Wanita yang sayang suami ni senang je. Bila suami tu baik, dia akan lagi berganda ganda baik dia ke suami. Nampak gaya sorry to say, isteri awak ni a spoilt brat.

Seperti kita selalu nasihati wanita lain dalam position awak, love urself first and think about ur worth.

Worth it lagi ke tak buat semua semua tu untuk isteri awak. Ye laki memang banyak tanggungjawab but that doesnt mean isteri dapat free pass masuk syurga suka suka je.

Isteri pun ada tanggungjawab dia dalam Islam ni. Dia merungut tu pun berdosa kot. Also bila masa pulak masak maggi guna minyak?

Dah la pemalas lagi nak mintak special maggi bagai. Ketuk kepala tu hah. Mengada sangat kan.

Ryna Zulkifly –Hahahaa. Ok pi la kawin lain since dia bagi green light. Lagi satu duduk agungkan sangat ustaz kan, suruh dia kawin dengan ustazz.

Kalau luck baik ustazz boleh ikut perangai dia dan dia sorang jela isteri sampai akhir hayat. Kalau luck tak baik dapat la madu baru. Huhu

Saya doakan yang terbaik untuk tt. Saya pun tak setuju kaum saya jadi ’pemalas’ macamtu. Ni da sampai tahap membuli.

Belajar tegas please. Stop buat semua tu untuk bagi pengajaran. Bukan senang nak dapat suami macamni yang tak berkira. All the best.

Kloey Kloey –Ada suami penunggang agma. Ada juga isteri penunggang ustazz. Dua dua ni menunjukkan baik lelaki atau yang perempuan mengalami kesukaran berfikir secara rasional. Lebih pada extr3me. Menunggang agma tanpa paham agma.

Tiada kasih sayang dalam perkahwinan macam ni. Hanya mencari jalan untuk kepentingan diri sendiri.

Isteri tuan ni memang malas dari kecil pastu sedap menunggang ustazz. Suami baik macam tuan ni baik carik yg nombor dua saja. Kasi ajar sikit dia tu.

Sufiah Sufiah –Awak ni macam takut bini je. Maaf lah saya ni dah taraf mak mak. Andai anak saya dapat isteri seperti ini, saya akan cakap dekat anak saya baik le hidup sendiri. Isteri tak cantik tak pe janji rajin.

Sebenarnya awak je yang sayang isteri. Tapi isteri tak sayang awak pun. Orang pempuan ni kalau dia sayang suami, mesti dia sangup berkorban jiwa dan raga untuk suami.

Jangan jadi d4yus. Dah 5 tahun terlalu lama awak bekorban. Nasehat saya cari lah yang lain. Mungkin ada yang lagi baik untuk awak

Sumber – Suami Belajar (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Kalau Dapat Isteri Tak Pandai Masak, Suami Kena Relaks

Ada sesetengah suami yang tak cakna, isteri tak pandai masak pun dia sanggup meluah di media sosial. Konon nak tanya pendapat orang ramai, tetapi sudahnya dapat kecaman daripada golongan isteri-isteri yang pantang dikritik!

Haaa… Ini cerita betul, memang wujud perangai suami yang suka meluah di laman sosial. Kasihan tetapi rasanya itu bukan cara yang betul. Cuba masuk dalam kotak isteri, dia turut bekerja atau memang tak minat masak?

Nah, selebihnya jemput hadam pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin dulu.

Isteri tak pandai memasak?

Relaks…

Saya anak dah 3, dulu masa tak ada anak, kami berdua kerja. Dalam perjalanan pergi kerja singgah makan, kat tempat kerja makan kat kantin. Setiap kali balik kerja lagi sekali singgah makan.

Dapur berasap time hari cuti? Tak juga… hujung minggu, keluar jalan-jalan, tengok wayang, shopping, terus makan luar. Kadang-kadang pula tu, balik ke kampung, so mak atau mertua kat kampung yang banyak memasak.

Dapat anak sulung, isteri sibuk menguruskan anak. Dek kesibukan kerja plus baru dapat anak, saya tapaukan lauk luar atau makan luar. Dia buat makanan kat anak je. Selang setahun, dapat lagi seorang, so bila dah ada dua orang, kecil-kecil pula tu, jarak dekat-dekat lagi lah tak sempat nak masuk dapur. Kena keeja lagi pula.

Kadang-kadang tu dah seminggu ayam dalam peti ais, ikan pun sama, sayur dah kecut, dah tak fresh. Beli sebab nak masak, tapi tak sempat masak.

So tuntutan saya sederhana, preferred beli lauk siap dah atau bungkus luar. Kami sama-sama boleh habiskan masa selepas balik kerja tu, main dengan anak-anak. Hari minggu pun, boleh rehat-rehat smbil jaga anak.

Bab lauk pauk, makanan, memang kedai yang “tolong masakkan”.

Tapi bila dapat no 3, wife pun dah berenti kerja, dia mula aktif di dapur. Mula belek-belek resepi online, tulis-tulis resepi dan mula buat… “Try and error”. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Yang paling hancus ialah ayam masak butter sebab rasa macam makan butter ja, tak rasa ada ayam dalam tu.

Bila dia cakap, hari ni dia ada try masak resepi baru, dalam hati saya kata, “habislah aku satgi.” Pernah dia buat saya cirit birit ulang alik ke tandas sampai 8 kali, siap dapat MC lah hari tu.

Lauk atau makanan yang saya puji, yang saya kata sedap, terus dia selalu buat, selalu masak bagi saya makan dan lama-lama dia semakin mahir. Lauk yang gagal, kadang-kadang dia buat dan ada la sedikit improvement. Anak dah 3 pun, masak masih “try n error” lagi.

Soal terer memasak atau tidak ni, atas individu itu sendiri. Ada pompuan yang banyak masa di dapur, maka dia terer memasak. Ada perempuan yang kurang masa di dapur, maka dia kurang terer memasak. Kalau dapat isteri lengkap pandai serba serbi, bonuslah. Kalau ada terkurang sana sini, itu biasa.

Nak kata tak bahagia sebab bini tak pandai masak? Mengarut je la… tuntutan kita sebagai suami tu perlu sederhana berdasarkan kemampuan isteri kita.

Isteri mana yang tak nak masak untuk suaminya? Semua nak… cumanya antara sedap atau tak sahaja. Yang penting, bagi galakan dan semangat untuk dia terus memperbaiki masakannya.

MW: Untungnya kalau dapat suami yang memahami, tak sedap pun tetap jaga hati. Tak makan banyak, makan sedikit. Janji dia sentuh.

Continue Reading

Trending