Connect with us

Uncategorized

Saya Loan Mama Saya RM12 Ribu Demi Untuk Bersama Duda Beranak 2 Yang Menjanjikan Bulan Bintang

Published

on

Saya Loan Mama Saya RM12 Ribu Demi Untuk Bersama Duda Beranak 2 Yang Menjanjikan Bulan Bintang

Hi, Assalammualaikum admin and semua warga krt, Tolong hide profile saya. Terima kasih min. Saya nak mintak pendapat korang, apa patut saya buat? Okay macam ni cerita nya saya berkahwin dengan duda yang memiliki anak dua, yang sebelum kahwin menjanjikan bulan dan bintang. Yang manis manis. Yang katanya sanggup menempuh segalanya bersama, dan akan layan sebaik baiknya.

Kisahnya berkahwin lah kami dengan hantaran sebanyak RM12K Loan dengan mama saya and segalanya persiapan majlis semua daripada family saya dan duit saya dan dia sikit2. Okay cukup dengan itu makan pakai minum susu anak dia bil api bil rumah semuanya saya yang tanggung. Saya faham pkp buat hasil pencarian dia terjejas. Tapi dia seolah macam tak reti nak menghargai, dan malu dengan diri sendiri, saya skrg mengandung trimester yang pertama.

Mual pening mabuk sangat teruk, dengan saya seseorang yang bekerja menjaga anak dia lagi. Dia seperti buta kayu tak nampak akan pengorbanan saya, lebih penting kan game. Bila marah dia delete game, dia provoke. Saya balik kerja malam tiada lagi nak tunggu terus tido balik rumah semua gelap. Bila telefon kita cuba la nak cakap i love you terus diletakkannya telefon.

Saya balik kerja malam, saya sengaja pergi rumah mama tak bgtau dia, saya ingat dia cari lah saya terus risau ke, hahahaha main game habis game baru chat tanya kat mana. lepas 40 minit baru nak cari. Baru baru ni saya ada bertekak dengan dia saya marah sebab saya nak mengadu pasal anak dia urgent tapi dia abai chat saya sebab main game , tapi saya tahu dia kerja dia lapar tkde duit.

Saya orderkan jugak dia food panda, order dah received tapi takde sebarang chat pun rupanya saya masuk game tengok dia tengah main. Dah habis baru dia cakap jemput terima kasih. Saya tak larang dia main game nak jadi gamer yang bukannya power mana pun main tapi berpadalah kan? Bini cari pasti ada sebab, bukan suka suka mana tahu urgent atau apa.

Sebab saya bukan jenis suka chat 24 jam bila ada benda perlu je saya chat. Sebab duduk serumah malam pun boleh bercerita. Betul tak? Tapi bila balik skrg rumah dah gelap, saya mual ke lapar ke layan diri sendiri jelah sedangkan bila dia lapar kita fikirkan dia. Dia baru bekerja, belum gaji lagi dah cakap nak beli jam beli itu beli ini. Saya macam speechless. Apa dia lupa dia hutang dengan mama saya? Hutang nafkah dengan saya?

Baru baru ni pagi dia bukak beg duit saya amik duit, lepastu pergi kerja dia tolak badan saya cakap eh nak pergi kerja, dulu kalau nak pergi kerja, salam cium dahi pipi hahaha skrg di tolaknya je pakai jari seolah macam kacau kucing tido, lepastu bila call dulu ye sayang ye awak, skrg “haa ape” “ape” hahaha bila kita marah anak dia, nanti mesti dia cakap dia dengan anak dia menyusahkan.

Allah saya marah bila anak saya ni perangai je tak perangai tak marah, mula la nanti dia buat muka. Jadi skrg saya biar je apa anak dia nak buat, dia kerja pagi, saya skrg dah nekad nak lepas tangan. Biasa pagi saya kejut dia bangun, tapi skrg saya biar je saya tido je, Macam dia tnye ada duit tak lapar saya biar je, sebab rumah ada makan balik rumah masak la semua kemudahan saya dah lengkapkan hari hari makan luar bengkok la saya.

Lepasni susu ke apa ke saya taknak dah beli, dia dah kerja nanti gaji biar dia beli sendiri. Selamani saya cuba amik hati dia semua sia sia. Biar dia tahu skrg tanggung jawab dia kat mana. Saya dah masuk part fed up sgt! Mintak pendapat apa patut saya buat? Saya mmg dah sgt sgt bosan, and sangat sangat menyampah bila dia layan saya macam ni. Awal awal kahwin manis je dah lama lama pahit sepahit pahitnya.

Kadang kadang nangis sendiri, pujuk diri sendiri. Haha sampai bila macam ni? Saya tunjuk depan org yg saya happy, tapi org tak tahu macam mana keadaan sebenarnya. Penat lah. dari tadi haha baru skrg menitik air mata. Dulu saya seorang periang ramai kawan sejak berkahwin semua berubah 360° kawan2 tegur saya dah tk mcm dulu.

Hentah la mungkin saya termakan dengan kata kata manis dia. Skrg menjawab la haa saya mula tawar hati, terkilan dengan sikap dia yg tak reti hargai saya skrg. Hari hari bergado pasal benda bodo sama yang berulang-ulang. Apa patut saya buat korg rasa?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

“Nak Marah Pun Buat Sakit Hati Je” Wanita Rugi Ribuan Pound Gara-Gara Kucing Pandai Buka Paip Sampai Rumah Banjir

Published

on

“Nak Marah Pun Buat Sakit Hati Je” Wanita Rugi Ribuan Pound Gara-Gara Kucing Pandai Buka Paip Sampai Rumah Banjir

Siapa sangka seekor kucing perliharaan yang pandai membuka paip sinki, telah membuatkan pemiliknya mengalami kerugian teruk mencecah ribuan pound.

Jasmin Stork, 26, terkejut selepas pulang daripada kedai untuk membeli makanan apabila mendapati bilik airnya banjir, dan air mengalir melalui siling rumahnya di Kingston-upol-Hull, dekat East Yorks.

Selepas diperiksa, didapati kucing Bengal miliknya yang berusia satu tahun telah membuka paip dan menutup lubang sinki semasa tuannya keluar dari rumah.

Kucing yang diberi nama Amber merasakan kebolehan membuka paip air sebagai sesuatu yang hebat, sehingga ia duduk di ruang tamu yang banjir itu sambil memukul-mukul air dengan penuh keseronokkan.

Akibat daripada banjir itu, Jasmin mengalami kerugian sehingga ribuan pound bagi proses baik pulih termasuk menggantikan perabot dan lantai yang rosak.

“Seminggu sebelum kejadian ini, saya pulang dari kerja dan lihat paip di tingkat atas terbuka, tetapi nasib baik lubang sinki tidak bertutup.

“Saya merasa sangat bingung bagaimana ia boleh berlaku. Keesokan harinya, saya berada di bilik mandi dan Amber masuk kemudian melompat ke singki dan mula menggigit paip.

“Selepas ini kami akan mula menutup pintu tandas sehinggalah hari saya bekerja dari rumah,” kata Jasmin.

Continue Reading

Uncategorized

Kisah “Rumah Degil” Di Tengah-Tengah Kuala Lumpur Pernah Jadi Bualan Dan Rebutan, Sehinggalah Kerajaan Ketika Itu Tawarkan Penyelesaian

Published

on

Kisah “Rumah Degil” Di Tengah-Tengah Kuala Lumpur Pernah Jadi Bualan Dan Rebutan, Sehinggalah Kerajaan Ketika Itu Tawarkan Penyelesaian

ADAKAH anda pernah mendengar kewujudan rumah Melayu “Degil”? Ya, rumah ini terletak di No 41, Jalan Chow Kit Kuala Lumpur.

Rumah kayu dua tingkat ini dipercayai siap dibina sekitar tahun 1926 bercirikan tradisional Melayu dan dikatakan dipengaruhi oleh reka bentuk rumah Melayu Perak.

“Rumah degil” yang telah dipindahkan di Balai Seni Negara

Menerusi perkongsian pemilik akaun bernama Johan Tabah di laman sosial Facebook, beliau berkongsi serba sedikit info berkenaan “rumah degil”.

Rumah kediaman ini dibina oleh Jaafar Sutan Sinombar iaitu keturunan Sutan Puasa, seorang saudagar dari Mandailing Sumatera yang dikatakan merupakan pengasas Kuala Lumpur.

Dipercayai kawasan tersebut adalah penempatan mereka.

“Rumah degil” ini didiami oleh seorang nenek bernama Normah Majawali iaitu generasi ke empat Sutan Sinombar.

Beliau kembali mendiami rumah tersebut sekitar tahun 1972 setelah ayahnya meninggal dunia dan tinggal bersama ibunya yang bernama Sariah Jaafar dan ibu saudaranya yang bernama Batiah.

Beliau tinggal disitu sehingga tahun 2009 dan selepas itu tinggal bersama anaknya di Putrajaya.

Nenek Normah dikenali kerana ‘kedegilannya’ untuk tidak tunduk dengan pujuk rayu dan tawaran mana-mana pemaju supaya menjual rumah tersebut walaupun telah terbina bangunan lain di sekelilingnya.

Melalui gambar yang dikongsi, jelas dilihat rumah kayu itu tetap utuh dicelah bangunan-bangunan moden yang lain.

Kawasan asal “rumah degil” di Chow Kit

Dalam barisan yang sama dengan rumah No 41 itu, terdapat dua lagi rumah milik anak Jaafar Sutan Sinomba iaitu rumah Abdul Talib dan Abdul Wahid.

Rumah milik Abdul Wahid yg bernombor 38 telah dibangunkan menjadi sebuah bangunan komersial bernama Wisma Wahida.

Cerita anak Allahyarham Normah

Anak Normah, iaitu lapisan keenam Sutan Puasa, Nora Salleh, 56, berkata realitinya ibunya bukan menolak pembangunan di tapak rumah tersebut, Nenek Normah hanya mendiaminya bagi menemani ibu saudaranya yang tidak berkahwin.

Pemilik rumah degil, Norma Majawali (Kredit foto : FMT)

Kata Nora, dalam temubual bersama Harian Metro sebelum ini, selepas bapanya meninggal dunia pada 1972, ibunya pulang semula ke rumah itu dan tinggal bersama ibu, Sariah Jaafar.

“Ketika itu, adik nenek saya iaitu Batiah turut tinggal di situ kerana rumah itu memang diwariskan kepada mereka. Selepas nenek meninggal dunia sekitar 90-an, rumah itu didiami oleh ibu saya dan ibu saudaranya itu (Batiah),” katanya.

Walaupun turut mewarisi sebahagian pusaka rumah bernombor 41 itu, Nenek Normah menyerahkan semua keputusan kepada Batiah memandangkan Batiah lebih tua.

“Batiah mengambil keputusan mempertahankan rumah itu kerana dia memegang pesanan arwah bapanya yang melarang mereka menjual rumah itu walau apapun terjadi.

“Apabila Batiah meninggal dunia pada 2006, ibu saya bertegas untuk terus tinggal di situ disebabkan banyak kenangan dan sebagainya sebelum dia secara sukarela berpindah keluar dan tinggal bersama saya di Putrajaya pada 2009.

“Sepanjang tinggal di Putrajaya, ada juga kami pergi ke rumah itu untuk kemas apa yang patut sehinggalah lama-kelamaan ibu saya sukarela lepaskan,” katanya sambil memaklumkan ibunya meninggal dunia pada Julai tahun lalu.

Akhirnya “rumah degil” dilepaskan

Kini, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang “rumah degil” ini.

Dianggarkan 70 peratus binaan rumah itu menggunakan bahan asal manakala selebihnya ditukar disebabkan reput dan telah pecah.

Sebagai maklumat tambahan, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara.

Rumah berusia 92 tahun itu telah menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga ke 13 Mei 1969. –

Continue Reading

Uncategorized

Gelombang Ketiga Covid19, Dr Noor Hisham Dedah Hampir 1000 Pelajar Sekolah Dijangkiti. Ini Punca Sebenar!

Published

on

Gelombang Ketiga Covid19, Dr Noor Hisham Dedah Hampir 1000 Pelajar Sekolah Dijangkiti. Ini Punca Sebenar!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat lebih 1,000 kes positif yang melibatkan pelajar sekolah direkodkan sejak gelombang ketiga wabak itu melanda negara ini.

Daripada jumlah itu, seramai 587 pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun manakala 670 lagi adalah pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Jelasnya, ini tidak bermakna punca jangkitan diperoleh di sekolah tetapi biasanya dibawa ke sekolah oleh mereka yang ada dalam kluster sedia ada atau dijangkiti daripada ahli keluarga atau kes sporadik.

Tambahnya lagi, sejak Februari sehingga 21 Oktober, kumpulan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun yang dikesan dijangkiti adalah seramai 830 dan bagi kumpulan umur 13 hingga 18 tahun adalah seramai 1,315.

Permulaan gelombang ketiga antara 20 September hingga 21 Oktober pula melibatkan seramai 587 pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun dijangkiti manakala jangkitan membabitkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun adalah seramai 670 individu.

Setakat 22 Oktober 2020, terdapat 847 kes positif baru direkodkan di Malaysia, menjadikan jumlah kumultif kes jangkitan sebanyak 23,804 dengan kes aktif sebanyak 8,183 atau bersamaan 34.38%.

Continue Reading

Trending