“Saya Tak Tahulah Apa Awak Rasa Bila Menipu Orang” Fazura Dedah Kegiatan Wanita Tidak Bermoral

Selebriti popular, Fazura mendedahkan kegiatan individu tertentu yang mengambil kesempatan menipu orang lain dengan menggunakan jualan tudung keluarannya. Usahawan berusia 38 tahun itu mendedahkan kegiatan berkenaan menerusi perkongsian dalam InstaStorynya termasuk memuat naik bukti perbuatan jahat individu berkenaan.

Fazura berkata, inidvidu itu sudah melakukan perbuatan terbabit sejak beberapa bulan lalu, namun semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.

“Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” katanya. Fazura yang kecewa dengan tindakan tidak bermoral wanita itu, meminta pelaku supaya bertaubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang ditipunya.

“Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai. Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.

“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi. Beberapa hari lalu, Fazura terharu dan menitiskan air mata apabila orang ramai memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sehingga berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Pencapaian tersebut sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti golongan wanita, ibu dan ibu tunggal yang kehilangan mata pencarian.

Fazura menjual tudung serendah RM27 sehelai dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik. Malah tular perkongsian seorang netizen di Twitter yang membuat kiraan hasil jualan Tudung Fazura itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*