Sebak, Duit Tak Cukup, Ayah Hanya Mampu Beli 7 Helai ‘Pampers’ Untuk Anak Baru Lahir

Sebak, Duit Tak Cukup, Ayah Hanya Mampu Beli 7 Helai ‘Pampers’ Untuk Anak Baru Lahir

Bagi ibu ayah yang ada anak kecil dan hidup kurang berkemampuan, lampin pakai buang (pampers) ini mungkin satu cabaran untuk memilikinya. Mana tidaknya, harganya satu paket bagi yang berjenama ‘biasa-biasa’ pun hampir mencecah RM30 lebih, apatah lagi pampers yang jenis lebih baik kualitinya.

Namun, nak buat macam mana, kenalah beli juga demi keselesaan anak. Baru-baru ini, berlaku satu situasi meruntun hati apabila seorang ayah ini didakwa hanya mampu beli pampers tujuh helai sahaja, bukan sepaket. Katanya, tidak mampu sebab kekangan kewangan. Ikuti perkongsian yang dilalui oleh Ismail Sabran Anchok ini.

Tadi saya pergi membeli di kedai runcit. Jumpa seorang lelaki. Dia mahu belikan anaknya pampers hanya tujuh (7) keping. Saya tanya kenapa beli tujuh je.

“Saya tidak mampu bang, isteri saya baru melahirkan (anak) tadi. Saya cuma ada duit RM20. Mahu belikan pampers sama tisu basah untuk bayi.”

Allahu. Terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk sediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan.

Kita faham bila jadi ketua keluarga dan lebih-lebih lagi bila sudah ada anak.

Saya suruh dia simpan semula semula pampers yang dia beli tujuh keping (tadi), ambilkan dia pampers baharu, sabun mandian untuk anaknya dan yang lain-lain.

Semoga Allah berikan kekuatan dalam kehidupanmu saudara.

Hari ini kita tolong orang, Insya-Allah kalau bila kita juga dalam kesulitan, pasti Allah hadirkan orang lain untuk bantu kita.

#terusberbuatkebaikan

“Tak tahan tengok dia menangis…” Jelas Ismail, sebenarnya dia sendiri tidak sampai hati melihat si ayah tersebut yang kelihatan sanggup berkorban belikan pampers walaupun sekadar tujuh helai sahaja.

“Itulah terus bantu mana yang boleh. Suruh saja simpan duitnya untuk beli (barang) keperluannya lain hari.

“Minta maaf tiada nombornya (untuk) saya minta. Sebab terjumpa begitu saja tadi. Insya-Allah semoga pahala ini saya niatkan untuk kita semuanya sahabat di Facebook. Ameen.

“Saya tidak tahan tengok dia terus menangis lepas dia ucap ‘terima kasih bang bantu saya’. Rezeki Allah dik, kita kongsi,” katanya melalui ruangan komentar.

Selepas selesai semuanya, maka si ayah itu pun mengucapkan terima kasih lalu beredar meninggalkan kedai. Ismail tidak sempat untuk bertanyakan maklumat lanjut seperti nombor telefon dan alamat bagi sebarang tindakan susulan.

‘Kembar Ust Ebit Lew’

Sementara itu, ramai netizen mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas simpati Ismail yang sudi menolong si ayah tersebut.

Malah, ada juga yang menggelarkannya sebagai ‘kembar’ Ustaz Ebit Lew.

Semoga kebaikan yang dilakukannya ini boleh menyuntik inspirasi kepada kita semua untuk terus membantu insan-insan lain yang memerlukan. Ameen.

Sumber: Ismail Sabran Anchok, Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*