Sedang Menikmati Makanan Di Restoran, Lelaki Gelang Pink Diangkut Oleh Polis

Sedang Menikmati Makanan Di Restoran, Lelaki Gelang Pink Diangkut Oleh Polis

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu ditahan ekoran disyaki melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit Covid-19 di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan sepasukan polis ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran berdekatan rumahnya kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan kepada suspek untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 3 hingga 16 Oktober depan.

“Ujian saringan Covid-19 telah dibuat terhadapnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, namun keputusan masih belum diterima.

“Proses reman terhadapnya akan di buat hari ini dan ia akan dibuat di sebuah bilik khas yang disediakan di Ibu Pejabat Daerah Gombak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang menyebabkan penyakit merebak dan membahayakan nyawa. -K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*