Connect with us

Islamik

Sedekah Jariah Atau Maksiat Jariah? Mana Satu yang Anda Mahu? Mesti Baca!

Published

on

Pasti kita biasa mendengar mengenai sedekah jariah iaitu pahala amalan sedekah yang berterusan walaupun setelah meninggal dunia. Tapi pernah tak korang dengar tentang maksiat jariah.?

Dalam bahasa Arab, perkataan ‘jariah’ bermaksud berlari atau mengalir seperti dikatakan sungai yang mengalir dengan ‘nahr jar’. Kemudian perkataan berlari atau mengalir ini membawa maksud kekal atau berterusan.

Jadi mari kita mengambil sedikit pengajaran dari perkongsian Intan Dzulkefli di facebooknya ini.

“ Ada satu kisah benar, ada seorang lelaki ni ketagih pornografi. Memang selalu dia share video sebegitu dengan kawan-kawannya yang sama ketagih sepertinya.

Satu hari, dia subscribe video pornografi dari website dan set autosent kepada kawan-kawannya. Bila ada video baru, memang akan terus autosent directly kepada kawan-kawannya tadi.

Satu hari, lelaki ini meninggal dunia. Namun, website porn itu terus autosent video baru kepada subsribers. Video baru terus autosent kepada kawan-kawannya.

Namun, selepas kematiannya, setiap kali kawan-kawannya dapat video baru, mereka akan menangis & tak sanggup untuk menontonnya kerana yang menghantar video itu adalah kawannya yang sudah meninggal dunia.

Mereka bertemu Syeikh untuk meminta pendapat apa yang boleh dilakukan untuk membantu si mati untuk menghentikan dosa itu. Ustaz menjawab; memang tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menunggu subcriptions expired. Itulah dosa jariah, walaupun kita telah meninggal dunia, ia tetap berpanjangan… berterusan… dicatit sebagai dosa oleh malaikat.

Allahuakbar. Besarnya ibrah & pengajaran yang kita peroleh dari kisah ini.

Perhatikanlah apa yang kita lakukan harini. Apa jua tindakan kita natijahnya hanya dua; dosa atau pahala.

Banyak dari kita… buat satu perkara tu tak fikir pun secara serius, orang kata suka-suka saja.

Posting pictures, posting videos, up live video.. Tetapi banyak yang wanita, misalnya tutorial makeup atau tutorial tudung, atau gambar hari raya, lupa perhatikan aurat tangan, kaki, rambut, bentuk tubuh yang lupa ditutup, atau memang sengaja buka aurat sebab nakkan pujian atau rasa bangga (wallahu ‘alam), hingga barangkali lupa semua itu kekal & tetap boleh dilihat, ditonton oleh bukan mahram selama mana kita tidak delete dari media sosial, hatta selepas kita mati.

Ramai yang terlupa bahawa semua dosa tetap dicatit & take into our account selama mana ia masih dilihat & ditonton orang lain. Bayangkanlah jika selepas kita mati, masih ada 1000 tahun sebelum akhirat, setiap hari 100 orang melihat aurat kita. Sehelai rambut dikira 1 dosa. Kalau 1000 helai? Allahuakbar!

Lain pula kisahnya tentang orang soleh.

Bila kita dengar suara azan mahupun bacaan Quran ataupun zikir bahkan nyanyian Allahyarham Ustaz Asri misalnya… masih terasa menusuk kalbu, dialun-alunkan sedangkan beliau telah lama meninggal dunia tetapi amal jariahnya masih mengalirkan pahala berpanjangan. Subhanallah..

Begitulah cara orang beriman mengambil dunia dengan taqwa, menggunakan dunia sebagai wasilah untuk bekalan di akhirat. Subhanallah.

Ambil momeny ini..

Kita musahabah sebentar. Apa saja yang telah kita persiapkan sebagai amal berpanjangan yang terus mengalir biarpun setelah puluhan tahun kita mati?

Astaghfirullah.”

Moga-moga kita semua dijauhkan daripada menjadi muflis di akhirat lantaran tingkah dan olah kita sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Bila Emak Meninggal, Jangan Marah Kalau Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi

Published

on

Bila Emak Meninggal, Jangan Marah Kalau Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi

Setelah emak meninggal dunia, ayah kebiasaannya hilang punca maklumlah selama ini tinggal berdua dan hidup diurus isteri. Kehilangan isteri buatkan kehidupan seorang suami apatah lagi di usia emas cukup berbeza.

Jadi bila emak meninggal izinkan saja ayah kahwin lain jika dia berkeinginan, anak memang tak faham erti sunyi. Bayangkan anak-anak tidak mampu berada di sisi atau beri perhatian pada ayah 24 jam seperti seorang isteri.

Oleh itu jangan ditahan keinginan seorang ayah kahwin lain jika dia ingin mencari teman dan teman itu bukanlah pengganti arwah emak kita. Tiada siapa pun mampu mengganti tempat emak kita selamanya.

Bila Ayah Kahwin Lain

Ikuti perkongsian Puan Ana Balqis ini mengenai isu ayam kahwin lain dan hadam baik-baik ya:

Selepas emak meninggal ayah kahwin lain? Soalannya, salahkah? Sekarang, mari selami isu ini dengan merujuk kepada dua kes yang dekat dengan Kak Engku.

Dalam dua minggu ini, dua orang kawan perempuan Kak Engku bercerai. Kenapa bercerai? Mungkin kalian boleh kata jodoh sampai situ saja. Ya, itu boleh diterima tetapi tentu ada sebab juga, kan?

Anak Tak Boleh Terima Ayah Kahwin Lain

Jadi, ayuh kita lihat dua kes ini.

Dua-dua kawan Kak Engku ini (awal 50-an), menikah dengan duda ada beberapa anak. Kedua-dua kawan Kak Engku itu belum pernah menikah sebelumnya.

Alasan menikah, tua-tua ini elok menikah, ada kawan berbual. Sakit demam ada teman mengadu. Itu kata anak beranak, sahabat handai.

Ada kawan berbual? Ya, mungkin betul dan mungkin tidak. Betul pada yang dapat suami dan keluarga yang sama-sama berhasrat membahagiakan dengan bagi ayah kahwin lain.

Tetapi, dua kes Kak Engku ini, hampeh. Anak-anak tiri tak boleh terima dia langsung bila ayah kahwin lain. Makanan dimasak tak diusik. Siap bagi amaran, barang dalam rumah jangan diubah disentuh.

Malah dicarut dimaki hamun ibu tiri. Depan ayah, semua kelihatan baik. Padahal anak-anak tiri ada degree weh. Bukan tak sekolah.

Pabila kawan Kak Engku minta suaminya nasihati anak-anak, dia pula yang kena marah konon tak boleh bertolak-ansur. Suami tetap percaya, anak-anaknya baik semua.

Tetapi Kak Engku percaya kawan ini kerana pernah sekali, dekat rumah Kak Engku kawan itu hulurkan makanan kepada anak tirinya.

Mak aih, jeling pun tidak apatah lagi menjamah. Mata tak beralih dari telefon di tangan. Anak tiri itu, cikgu yang sudah berusia 30-an bukan budak 3 tahun!

Bukan cuma kerenah anak-anak tiri yang menentang perkahwinan mereka tetapi bekas ipar duai suaminya dan adik-beradik suami juga membuatkan beliau tawar hati untuk teruskan perkahwinan lalu memilih untuk kembali bersendiri.

“Macam mana nak tua bersama kalau macam ni? Aku boleh sakit jantung.” Adunya kepada Kak Engku suatu hari.

Akhirnya Bercerai Selepas Ayah Kahwin Lain

Dipendekkan cerita, mereka bercerai. Cerita kawan sorang lagi, lebih kurang sama juga.

Ok, kali ni Kak Engku nak bagi tazkirah biawak kepada anak-anak yang tak setuju ayah kahwin lain selepas emak meninggal.

Eh, Kak Engku nak tanya anak-anak yang tak suka ayah kahwin lagi dan yang tergamak kata ayah gatal, sudah tua-tua tapi masih hendak menikah itu. Soalan Kak Engku, awak faham erti sunyi dan sebab ayah kahwin lain?

Awak boleh nampak hati orang tua? Belum campur keperluan biologi dia. Awak ada masa nak teman ayah hari-hari?

Ayah Kahwin Lain Sebab Sunyi

Kenapa kejam sangat kata itu, ini pada insan yang sudah sedaya-upaya penuhi kehendak awak dari tapak kaki sebesar dua jari sampai jadi manusia macam sekarang. Kalau dia menikah baru pun, dia mintak duit anak-anak ke?

Awak sendiri telefon tak lepas tangan. Nak berhibur, huha… huha… dengan kawan, kekasih atau pasangan serta anak-pinak. Reti pulak awak mintak dilayan.

Nak bermanja dengan anak bini sedangkan ada makhluk Allah yang sepatutnya awak hargai, makan hati kerana awak tak bagi dia menikah.

Dan, awak tak nak pun duduk dengan orang tua sama ada di kampung atau di bandar sebab pasangan awak tak suka mentua ada dalam rumah sebab dia kata orang tua menyekat kebebasan.

Namun awak berkeras hendak mereka duduk dengan awak. Alasan, awak kerja, tak ada masa nak balik kampung selalu.

Ayah Trauma Duduk Rumah Anak

Awak tahu macam mana traumanya orang tua duduk dengan anak menantu yang tak reti nak jaga hati dia? Sentuh itu tak boleh buat ini salah.

Bukan kebebasan kalian yang terganggu tetapi kehidupan mereka yang terbelenggu. Selalu makan hati sebab dia rasa dia menumpang.

Rumah itu rumah orang. Rumah dia buruk atau kecik pun, itu rumah dia. Dia bebas buat apa saja. Kebebasan itulah kebahagiaan. Faham tak?

Pusing kiri kanan pun, kesimpulan yang dapat dibuat, sebenarnya awak takut harta ayah jauh ke tangan ibu tiri. Sadis!

Dah ada degree sampai dapat kerja elok, harta ayah juga yang ditamakkan. Jelas, ijazah tidak mencerdikkan akal malah membuatkan kalian makin pintar membikin tipu daya semata-mata untuk rebut harta pusaka. Memalukan!

Jangan Teruja Kahwin

Kesimpulannya, kepada gadis yang masih solo jangan teruja sangat nak menikah dengan duda beranak-pinak. Atau yang konon berhasrat mencari kawan sama-sama ke masjid.

Esok-esok nikah tak sampai sekali mengundi alih-alih jadi ‘mantan isteri’ orang. Elok suka ria hidup, terjatuh ke gaung kemurungan. Itu tak masuk lagi yang tiba-tiba suami sakit jantunglah, darah tinggi kencing manis.

Elok awak tidur 6 jam tanpa gangguan sebelum tu, kena pulak jaga orang sakit. Jadi misi tak berbayar. Anak-anak dia lepas tangan sebab awak sudah ada.

Dulu ada pembantu rumah digaji untuk bapa, sudah diberhentikan sebab katanya awak sudah ada. Jadi, awak tu apa? Misi tak bergaji dan pembantu rumah percuma. Gitulah lebih kurangnya. Tak berbaloi langsung.

Itu belum masuk kiranya awak pun berduit. Bergaji tetap, berpencen. Silap-silap, duit ringgit atau harta awak pulak kena sailang!

Sekian. Harap anak-anak yang takut sangat harta bapa jatuh ke tangan ibu tiri tu bila ayah kahwin lain, Kak Engku nak pesan satu je, ingatlah mati esok awak bawak kain putih saja.

Sekian, wassalam.
Foto : pulut berinti.

Continue Reading

Islamik

Inilah Ayat Pelaris Peniaga Islam Patut Amalkan, Tak Perlu Jumpa Bomoh!

Published

on

Inilah Ayat Pelaris Peniaga Islam Patut Amalkan, Tak Perlu Jumpa Bomoh!

Berniaga merupakan jenis usaha yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia, hampir majoriti umat muslim di Malaysia sebahagian besar memilih profesional sebagai peniaga.

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menganjurkan kita sebagai umat Muslim untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak hampir 100 % atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW.

Memang kita sebagai seorang muslim dibebaskan untuk mencari rezeki di bidang apapun asalkan ianya halal dan berkah maka itu tidak berdosa, untuk itu perlu di ingatkan kepada anda bahawa kita harus selalu bersikap jujur dan dapat dipercaya sehingga kita akan mendapatkan keberkatan dari segala bidang usaha kita kerana hasil dari usaha kita tersebut akan digunakan untuk menafkahi diri sendiri, keluarga dan anak kita sehingga perlu di perhatikan kehalalannya.

Ayat Pelaris Perniagaan Yang Boleh Diamalkan

Sedangkan untuk ayat pelaris perniagaan ini hanya untuk rujukan atau usaha anda kerana rezeki Allah SWT yang mengaturnya jadi kita memohon kepada Allah SWT supaya perniagaan laris dengan cara berdoa agar perniagaan kita tidak mengalami kerugian.

Tetapi perlu anda ingat bahawa anda juga harus berusaha dg keras, tekun dan ikhlas kerana jika anda mengandaikan doa saja tanpa usaha maka seperti sayuran tanpa garam.

Bacaan ayat pelaris perniagaan ini dibacakan setelah selesai solat wajib 5 waktu dan boleh juga dibacakan saat anda ingin bergerak ke tempat perniagaan atau masa ingin membuka kedai yang dilengkapi dengan niat yang benar untuk mencari nafkah buat isteri, anak dan keluarga.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SURAH FAATHIR

“Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.”

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar sebagai ayat pelaris. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.

Tidak payah lagi mencari ayat pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Inna allatheena yatloona kitabaAllahi waaqamoo assalatawaanfaqoo mimma razaqnahum sirran waAAalaniyatanyarjoona tijaratan lan taboor (29)

Liyuwaffiyahum ojoorahum wayazeedahum min fadlihiinnahu ghafoorun shakoor (30)

Terjemahannya:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa ayat pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam.

Continue Reading

Islamik

Nyanyi Petikan Hadis Dalam Fashion Show Seksi, Rihanna Dikecam Hebat, Akui Kesilapannya

Published

on

Nyanyi Petikan Hadis Dalam Fashion Show Seksi, Rihanna Dikecam Hebat, Akui Kesilapannya

Sejak beberapa hari lalu penyanyi Antarabangsa Rihanna menjadi kecaman masyarakat seluruh dunia selepas dia menggunakan lagu remix /fashion trap yang mengambil petikan hadis sebagai muzik latar untuk satu pertunjukan fesyen pakaian dalam yang dimilikinya iaitu Savage x Fenty Beauty baru-baru ini.

Lagu bertajuk DOOM ciptaan seorang komposer di London, Coucou Chlo ini sarat dengan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berkisar mengenai hari kiamat yang dijadikan ‘sample’ difahamkan telah pun dicipta dua tahun lalu.

Selepas beberapa hari, Rihanna akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kecuaian di pihaknya sehingga menyebkan ramai komuniti muslim tersinggung

“Kami mohon maaf atas kecuaian ini”

“Saya berterima kasih kepada komuniti Muslim yang menegur kesilapan tidak sengajakan sewaktyu pertunjukan fesyen Savage x Fenty Beauty.

“Dengan ikhlas hati saya ingin memohon maaf atas kecuaian ini. Kami faham kami telah menyinggung saudara Muslim dan saya sangat kecewa atas apa yang berlaku.

“Saya sentiasa menghormati agama lain jadi, penggunaan lagu terbabit dalam projek kami sangat tidak bertanggungjawab!” jelasnya menerusi satu perkongsian di Instastory nya semalam

Jelas Rihanna lagi, dia juga akan memastikan agar insiden sebegini tidak akan berlaku lagi di masa mendatang.

“Kami akan pastikan insiden sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Terima kasih kerana memahami,” tambahnya.

Continue Reading

Trending