Semua Perlu Ambil Tahu, Malaysia Bakal Dilanda Cuaca Panas Dan Kering Yang Luar Biasa, Ini Persediaan Kita

Malaysia ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September depan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat ini tiada gelombang haba berlaku. Pada masa sama, memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara. Seterusnya, menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai tiada kawasan di negara ini terdedah dengan sebarang gelombang haba,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Selain itu, MetMalaysia turut menyatakan bahawa stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Justeru MetMalaysia tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40 darjah Celsius. Tambahnya, bacaan 40.1 darjah Celsius adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino yang melanda pada 1998. Ujar MetMalaysia, dari segi perubahan cuaca, pihaknya menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi pada pertengahan September.

Ia disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak. Oleh itu, sepanjang tempoh cuaca panas ini elakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti di luar rumah. Ia bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Oleh itu, pastikan korang amalkan 7 tip ini supaya kekal sihat dan bertenaga:

  • Minum air kosong dalam kuantiti yang banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga.
  • Kekal berada di dalam rumah atau bangunan supaya tidak terdedah pada cuaca panas.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Kerap berehat.
  • Mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan tubuh badan.
  • Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Guna payung dan topi bersaiz besar.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*