Connect with us

Islamik

Suami Boleh Berbohong Pada Isteri? Inilah 3 Hal Yang Dibenarkan Berbohong Dalam Islam

Published

on

Soalan : Saya ingin bertanya adakah ada dalam Islam bohong yang di benarkan? Minta pencerahan ustaz.

Jawapan :

Dari Ummu Kultsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُولُ خَيْرًا

“Bukanlah disebut pembohong orang yang menyelesaikan perselisihan di antara manusia dengan cara dia menyampaikan hal-hal yang baik atau dia berkata hal-hal yang baik”. (HR. Al-Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605)

Maksudnya: Walaupun apa yang dia sampaikan atau katakan itu tidak benar, akan tetapi dia mengucapkannya agar terwujud perdamaian di antara kedua belah pihak.

Dalam riwayat Muslim ada tambahan:

وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

“Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya bohong yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Bohong dalam peperangan, bohong untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.”

Penjelasan ringkas:

Bohong merupakan dosa yang sangat besar dan amalan yang sangat buruk. Hanya saja, jika pada suatu keadaan tertentu, pembohongan boleh membawa kemaslahatan syar’i yang lebih besar daripada mudharat pembohongan itu, maka ketika itu bohong diperbolehkan jika ada keperluan.

Hanya saja ini bukan bererti setiap orang boleh berijtihad dengan pemikirannya untuk menilai suatu bohong itu boleh atau tidak, kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah menegaskan bentuk bohong yang diperbolehkan dalam syariat. Oleh itu kita wajib terbatas pada apa yang beliau sebutkan dan selainnya tetap dalam hukum haram dan merupakan bohong yang tercela.

Adapun pembohongan yang diperbolehkan adalah:

Bohong untuk mendamaikan pihak yang bertikai.
Bohong dalam perang. Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الْحَرْبُ خَدْعَةٌ

“Perang adalah tipu daya”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.

TIGA KEBOHONGAN YANG DIPERBOLEHKAN

Dalam Islam, bohong (dusta) adalah salah satu sikap yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah dan makhluknya. Lawan dari sifat bohong adalah jujur, salah satu sifat Rasulullah SAW yang menjadikan beliau dikenali sebagai Al-Amin (yang dapat dipercaya) oleh kaum Quraisy.

Terdapat tiga kebohongan yang diperbolehkan dalam Islam:

1. Kebohongan dalam peperangan

Perang dijalan Allah sangat banyak terjadi dalam sejarah Islam, baik pada masa Rasulullah maupun setelah beliau wafat. Dalam peperangan pasti memerlukan siasat perang, dan dalam siasat perang harus memiliki banyak kebohongan. Misalnya: mengatakan bahwa jumlah tentara 300.000 orang padahal sebenarnya cuma 100.000 orang, agar musuh mulai gentar dan ragu.

2. Kebohongan untuk menyatukan dua orang yang bertikai

Kita diperbolehkan berbohong dengan maksud menyatukan dua orang yang bertikai (atau bermusuhan). Contohnya, Si A dan si B sudah lama tidak bercakapan oleh karena sesuatu hal. Si C bermaksud mendamaikan keduanya. Si C mendatangi si A dan mengatakan, “Hai, A, sebenarnya si A itu kepingin sekali berteman dengan kamu, namun ia segan” (padahal si B tidak pernah berkata seperti itu). Kemudian ia mendatangi si B dan mengatakan, “Hai, B, si A itu sudah sejak dua tahun yang lalu ingin berbaikan denganmu, ia merasa ibadahnya kurang mustajab kalo masih bermusuhan sama kamu” (padahal si A tak pernah mengatakan seperti itu. Tapi karena maksudnya baik, kebohongan seperti ini diperbolehkan dalam Islam

3. Kebohongan antara suami dan isteri

Kebohongan ketiga yang diperbelahkan dalam Islam biasa dilakukan dalam rumah tangga antara suami dan istri. Namun kebohongan ini bertujuan untuk menjaga keutuhan rumah tangga. Contohnya adalah, suatu saat isteri yang telah berumur 60 tahun datang kepada suami, dan berkata, “Bang, masih cantikkah aku?”. Si suami menjawab iya, “kamulah paling cantik di dunia ini, awet muda”. Dalam hal ini si suami pasti berbohong, kerana tidak mungkin usia 60 masih cantik. Dulu kala masih muda selalu harum minyak kesturi, sekarang selalu harum bau minyak angin.

Namun demi keutuhan rumah tangga, kebohongan seperti itu sangat dianjurkan. Contoh kedua adalah, tidak perlu menceritakan masa lalu kepada suami atau isteri. Misalnya, jika suami suatu waktu bertanya, “Pernah tak kamu bercinta (mohon maaf bagi yang sedang bercinta dan tidak dianjurkan) sebelum kita menikah dulu?” dianjurkan menjawab tidak, kerana kalau di jawab ya, pasti akan muncul pertanyaan-pertanyaan berikutnya, siapa, bila, dimana dan sebagainya.

Demikian juga sebaliknya jika isteri bertanya pada suami. Jadi lebih baik sedikit berdusta, demi menjaga keutuhan hubungan perkahwinan.

Wallahu a’lam, Astagfirullah, Mohon maaf apabila ada kesalahan

(Dikutip dari ceramah malam pertama Ramadhan Masjid Dakwah Kampus USU)

Berikut Video penjelasa daripada Ustaz Abu Yahya Badrulsalam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending