Connect with us

Islamik

Hukum Suami Mengaku Bujang Walaupun Sekadar Bergurau?

Published

on

hukum suami mengaku bujang

Suami Mengaku Bujang/ Duda Walaupun Bergurau, Apa Hukumnya? MESTI Baca!

Isu pasangan yang sudah berkahwin tetapi berlagak sepert ‘orang bujang’ sudah menjadi seperti perkara biasa. Malah demi menutup segala bentuk kecurangan, seperti contoh ada suami orang yang secara terang-terangan mengaku belum berpunya sedangkan sudah beristeri. hukum suami mengaku bujang

hukum suami mengaku bujang

Timbul persoalan, apabila ada yang terkeliru mengenai perkara ini. Adakah pengakuan ‘bujang’ tersebut boleh membawa kepada hukum jatuhnya talak kepada pasangan?

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Sy ada satu soalan nk tnya ustaz. Ada seorang hamba Allah dtg bertanya kepada sy.

Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dgn membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik2 sedangkan hnya ke airport. Dan si suami membalas dgn berkata. “Nk keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ni”. Tp hakikatnya hanyalah dgn niat gurauan tnpa ada maksud begitu. hukum suami mengaku bujang

Adakah kata2 nya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia?

Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dgn gurauan, hakikatnya telah jatuh talak. Boleh tuan mufti jelaskan. Sgt berharap tuan mufti boleh mmberi penjelasan tentang perkara ini.

JAWAPAN:

Waalaikumusslam wbt,

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu. hukum suami mengaku bujang

Kedua: Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Mesti baca: ”Bila Awak Buat Semua Nie Dan Suami Redha, Ganjarannya Syurga”, Pesanan Dari Seorang Suami Buat Semua Wanita Bergelar Isteri

Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

  • Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.
  • Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.
  • Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.
  • Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.

Begitulah seterusnya.

Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda. Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan. hukum suami mengaku bujang

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Saya muskil tentang hukum mengaku bujang atau duda sedangkan sudah ada isteri

Jawapan:

Jika berbohong, maka ia termasuk salah satu dari dosa-dosa besar.

Di bawah ini penjelasan ringkas berkenaan permasalahan yang ada kaitan dengan soalan saudara.

Para ulama ada membicarakan hukum seorang yang telah berkahwin, lalu ditanya kepadanya: “Kamu ada isteri?” lalu dia menjawab: “Tidak.” Dengan niat berbohong, maka dia berdosa kerana berbohong namun tiada apa-apa kesan terhadap hubungan dia dengan isterinya. Hal ini kerana lafaz “Tidak” adalah termasuk dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat, sedangkan niatnya adalah berbohong bukan talak. Sama halnya jika dia berkata: “Saya tiada isteri” termasuk di dalam lafaz kinayah.

Selebih itu, para ulama berbeza pandangan tentang orang yang berbohong mengaku dengan lafaz yang jelas telah bercerai atau telah mentalakkan isterinya. Sebahagian ulama berpandangan talak atau cerai itu terlaksana secara Diyanatan[1] danQadha’an[2]. Pandangan ini seperti yang disebut oleh Ibn Muflih dari mazhab Hambali di dalam al-Furu’ yang berkata:

“Jika seseorang ditanya: “Kamu telah mentalakkan isterimu?” lalu dia menjawab: “Ya!”Atau dia ditanya: “Kamu ada isteri?” Lalu dia menjawab: “Aku telah talakkan dia.”Sedangkan dia berbohong, maka talak itu terlaksana.”

Manakala para ulama mazhab Hanafi, Syafie dan selainnya berpandangan sesiapa yang mengaku bercerai secara dusta, maka cerai itu terlaksana secara Qadha’antidak secara Diyanatan. Di dalam al-Bahr al-Ra’iq dari mazhab Hanafi dinyatakan:

“Sekiranya dia mengaku talak secara berbohong, maka terlaksana talak itu dari sudut Qadha’an (zahir/penghakiman).”

Di dalam Asna al-Matolib Syarh Raudh al-Tolib dari ulama mazhab al-Syafie dinyatakan pula:

“Sekiranya dia mengaku talak secara dusta, tidak tertalak isterinya batinan (Diyanatan), hanya berlaku talak zahiran (Qadha’an).”

Pandangan pilihan:

Pandangan yang menjadi pilihan ialah pandangan ulama mazhab al-Syafie dan Hanafi. Hal ini kerana sesuatu pengakuan mengandungi kebarangkalian sama ada benar atau dusta. Maka orang yang membuat pengakuan dusta dikenakan tindakan berdasarkan zahirnya di mahkamah. Manakala yang didustakan itu tidak berlaku pengakuan tersebut di sisi Allah. Justeru talak itu tidak terlaksana. Inilah pandangan yang lebih rajih.

Wallahu a’lam.

[1] Diyanatan (ديانة): iaitulah talak yang benar-benar jatuh di sisi Allah SWT. Sekalipun dari sudut perundangan tidak thabit talak tersebut disebabkan ketiadaan bukti yang jelas. Sebagai contoh seorang isteri benar-benar yakin suaminya telah mentalakkannya sebanyak tiga kali, maka dari sudut diyanatan isteri tersebut adalah haram buat suaminya sehinggalah suaminya berkahwin dengan wanita lain terlebih dahulu. Maka siisteri tadi wajib menjauhi suaminya dan tidak membiarkan berlaku hubungan suami-isteri antara mereka, sekalipun dia tidak mampu menthabitkan perceraian tersebut di hadapan hakim, sekalipun suaminya mengingkari dan mendatangkan bukti palsu.

[2] Qadha’an (قضاء): iaitulah talak yang dihukumkan jatuh oleh hakim atau Qadhi berdasarkan zahir disebabkan ketiadaan bukti menunjukkan tidak ada niat atau seperti seseorang yang melafazkan talak kerana terlajak cakap.

Dah Baca?Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. SHARING IS CARING! Terima Kasih Kifarah Media!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Published

on

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kemat1an kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, mat1nya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mat1. Kita akan mat1 di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mat1. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mat1 dibun0h ketika solat. Saidina Othman, mat1 ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kemat1an yang mereka ukir.

Bukti kemat1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mat1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kemat1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kemat1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kemat1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Continue Reading

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Trending