Suami Tak Makan Kek, Isteri Sediakan Kek Laksa Sempena Hari Lahir Raik Perhatian Netizen

Setiap kali tiba hari lahir, pastinya kek akan menjadi makanan utama bagi meraikan hari istimewa tersebut. Namun, lain pula untuk seorang suri rumah yang dikenali sebagai Lyzz Layana. Disebabkan suaminya tidak menyukai kek, maka dia telah menghasilkan kek laksa disebabkan suaminya seorang ‘hantu laksa’.

Melalui akaun Facebooknya, dia telah berkongsi beberapa keping gambar laksa basah yang telah dibentuk menjadi sebiji kek. Lebih menarik lagi apabila hiasan yang tertulis ‘Happy Birthday’ turut diletakkan pada bahagian atas kek laksa itu.

“Suami saya memang tak suka makan kek. Kalau beli pun dia makan cubit-cubit je. Tapi kalau dengan laksa, memang berhantu. Dari semalam saya duk fikir nak buat kek ke nak buat laksa.

“Maka tercetuslah idea KEK LAKSA. Confirm habis sebab satu family memang hantu laksa. Hanya ni je termampu sebab saya suri rumah. Moga usaha ini dapat gembirakan hati dan perut suami,” jelasnya menerusi satu entri di Facebook.

Status dan gambar kek laksa tersebut sehingga kini telah mencecah 500 perkongsian di Facebook dan mengundang hampir 2,500 komen daripada netizen.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*