Subhanallah. Besarnya Puasa Orang Berpuasa Sempena Hari Arafah, Benar Allah Maha Pemurah

Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan kerana ketika itu umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah. Manakala umat Islam yang tidak mengerjakan Haji disunatkan berpuasa pada hari tersebut.

Sebahagian para ulamak dalam mazhab Syafie dan Maliki berpendapat puasa sunat ini menurut tarikh 9 Zulhijjah di negara masing-masing. Kelebihan puasa sunat ini dapat menghapuskan dosa-dosa selama setahun sebelum dan setahun selepasnya. Ini berdalilkan Hadis daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” (Sunan al-Tirmizi, no.680, Hadis Hasan).

Para ulamak memberikan pandangan bahawa yang dimaksudkan dengan dihapuskan dosa-dosa setahun sesudahnya itu bermaksud diberikan taufik kepada seseorang itu dengan melakukan amalan-amalan soleh dan banyak bertaubat. Tahukah anda? Terdapat banyak kelebihan yang ada di Hari Arafah, antaranya;

  • #1 – Hari penyempurnaan agama dan nikmat.
  • #2 – Hari raya bagi seluruh umat Islam.
  • #3 – Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa’) dalam surah al-Fajr.
  • #4 – Sebaik-baik hari.
  • #5 – Menyamai 10,000 hari.
  • #6 – Haji yang Agung.
  • #7 – Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun.
  • #8 – Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*