Connect with us

Islamik

Subhanallah! Hartawan Cina Ini Dedah Kenapa Suka Sangat Sertai Program Zakat

Published

on

Minggu lalu aku mengikuti program ziarah zakat anjuran Majlis Agama Islam Perak. Kami menjelajah sampai ke perkampungan orang Asli Pos Kemar dekat hutan Belum tu.

Dalam ramai-ramai anggota rombongan, aku nampak ada seorang lelaki Cina. Kurus dan beruban. Umur dalam 60an. Ringkas dan sempoi saja penampilannya.

Nak kata mualaf tak juga. Bila orang berdoa dia hanya diam tunduk hormat.

Cuma aku pelik juga. Apa dia buat ikut rombongan yang 99 peratus orang Islam ni, program zakat pulak tu.

Bila sampai ke sebuah kawasan perumahan awam di Gerik, aku nampak dia sama-sama menolong pegawai zakat masuk rumah orang kampung bagi sumbangan. Duduk bersila sama-sama mereka. Aku diam lagi. Aku perhati je kelibat dia.

Ni paling best. Malam tu lepas habis program dah penat-penat semua, kami adalah majlis makan malam. Sahabatku Nizal B Mohammad (exTV3) jadi emcee. Kau nak tahu apa dia buat?

Dengan selamba dia announce bagi RM10,000 kat pejabat zakat untuk bantu buat program-program mereka. Semua macam pelik, siapa mamat Cina ni?

“Saya dah tengok apa yang pejabat agama Perak dan you all semua buat kerja. Saya bangga dan terpanggil untuk sama-sama ‘join’ apa yang boleh saya bantu,” katanya ringkas.

Esok tu, selepas selesai program, Ustaz Tasyriff dari Zakat Perak ada bagi contact pembantu lelaki Cina ini dan alang-alang on the way pulang ke KL, aku singgah ke pejabatnya yang terletak di kawasan perindustrian Zarib, Perak.

Subhanallah. Lelaki Cina itu bukan calang-calang orang rupanya. Namanya James Lim, pemilik sebuah kilang elektronik bernama Salutica Allied Solutions yang berjaya disenaraikan di bursa saham. Kilangnya seluas 30,000 kaki persegi dengan kakitangan mencecah ribuan orang!

“Saya dulu hanyalah CEO syarikat ini, bukan owner. Ia syarikat Jerman. Bila mereka tidak lagi berminat, saya risau tengok staf kami, saya takut mereka hilang pekerjaan, apa mereka nak makan. Macam mana mereka nak sara keluarga”.

“Masa tu umur saya dah 55 tahun, boleh duduk rumah relaks kalau nak diikutkan. Tetapi saya bagitahu isteri saya yang bekerja sebagai cikgu, saya nak ambil alih kilang ini. Biar kami susah senang sama-sama. Tak sangka ia berkembang dengan begitu cepat sampai boleh disenaraikan di bursa saham,” kata pemegang ijazah kejuruteraan Universiti Malaya yang berasal dari Selangor ini.

Mengenai sumbangannya pada program pejabat agama Islam dan zakat di negeri ini, Lim berkata, sejak kecil lagi beliau terdedah dengan kerja-kerja amal kerana bapanya juga sering berbuat demikian.

Walaupun mereka bukan dari keluarga kaya, Lim berkata, mereka tetap membantu masyarakat di sekitar kampung mereka dengan cara mereka sendiri.

Waktu di sekolah menengah sebagai contoh, Lim akan mengajak rakan-rakannya naik basikal dan memberi tiusyen percuma pada anak-anak kampung sampailah dia dapat masuk ke UM.

“Orang Melayu ramai kat negara kita ni, sudah tentu ramai juga yang susah. Jangan kata Melayu, orang India dan Cina pun ramai yang miskin. Sebab itu saya nekad, walaupun saya penat-penat cari duit, saya juga bantu mereka, kalau kebetulan ada kerja kosong kat kilang saya, saya buka peluang pada mereka- tak kira apa bangsa, tak kira apa agama”.

“Encik Syahril… Malaysia ini tanah air saya. Mana lagi saya nak pergi. Apa yang kita dapat, kita mesti bagi balik. Kita tak mungkin boleh berjaya kalau kerja sorang diri. Dengan pejabat zakat Perak, ‘I dunt mind’ bagi apa yang saya termampu, mereka dah buktikan, saya tengok dengan mata kepala sendiri diaorang masuk sampai jauh-jauh cari asnaf, jadi saya sangat happy, mesti mau join sekali!,” katanya.

Lepas sejam berborak dengan Mr. Lim, aku pun minta diri. Dia hadiahkan sepasang earphone bluetooth keluaran syarikatnya sebagai tanda persahabatan.

Serius, aku bangga dengan hartawan Cina ini. Ternyata agama dan warna kulit baginya bukan halangan untuk berbakti sesama insan. Allahu.

HATS OFF SIR!

Sumber: Syahril A. Kadir

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending