Connect with us

Islamik

SUBHANALLAH!! INILAH CARA MENGESAN KEHADIRAN MALAIKAT DI SEKELILING KITA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

Published

on

Cara mengesan kehadiran malaikat di sekeliling kita. “Jika anda mendengar kokokan ayam… mohonlah kpd Allah SWT atas kurniaNya kerana ketika itu… ayam itu sdg melihat malaikat dan bila anda mendengar rengekan suara keldai mohonlah perlindungan kpd Allah SWT… kerana ketika itu keldai itu sdg melihat syaitan” – HR Bukhari.

Dan…ada satu lagi yg disebut oleh Abu Daud…

“Ketika anda mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta kpd Allah SWT kerana mereka nampak apa yg manusia tidak nampak“.

Perkara ini adalah tdk mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah SWT utk memperlihatkan kekuasaan dan kebesaranNya… didlm alam ini tdk semua yg boleh nampak dgn mata kasar manusia.

Ada 3 ekor haiwan yg disebut oleh hadis tersebut iaitu yg pertama ayam dan keldai… manakala hadis berikutnya pula menyebut anjing… kenapa ketiga-tiga disebut oleh Rasulullah SAW dan ketika itu juga kita dianjurkan agar meminta DOA drpd Allah SWT…

Nabi menyebut ayam jantan dan fitrahnya bahawa seluruh dunia mengetahui ayam akan mula berkokok menjelang dinihari… pada kebiasaannya kokokan itu saling bersahut-sahutan dari pukul 2 pagi sehingga matahari terbit… pada masa ini malaikat sentiasa berada dibumi dan pd waktu itu utk mengaminkan DOA kita.

Dlm sebuah hadis riwayat muslim…dari Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Allah turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama“. Lalu Allah berfirman: “Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya. Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia. Dan siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar“.

Dlm hadis lain juga… “Siapa yang diantara kalian yang khuatir tidak mampu bangun malam, hendaklah ia witir dan baru kemudian tidur. Dan siapa yang yakin akan terbangun diakhir malam hendaklah ia witir diakhir malam, kerana bacaan di akhir malam dihadiri oleh para malaikat kerana itu adalah paling utama” – HR Muslim.

Menurut hadis itu jelas bahawa lewat sepertiga mlm itu adalah saatnya malaikat berada dibumi…namun bukan bermaksud pd waktu lain malaikat tdk ada dibumi…

Dlm hadis lain juga ada disebutkan…”Sesungguhnya ada malaikat yang sentiasa bersama2 kamu dan tidak pernah meninggalkan kamu melainkan ketika membuang air dan berjimak. Oleh itu hendaklah kamu malu kepada mereka dan muliakanlah mereka“.

“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling2 di jalan2 dan mencari2 majlis zikir” – HR Bukhari.

Jadi manfaatkanlah , jangan buat pekak saja , buat dono , membiar kesempatan ini berlalu . Ia satu kesempatan dan peluang , jika kita ke tanah suci , berebut ke multazam hanya untuk berdoa kerana dikatakan tempat yang mustajab , mengapa peluang yang Allah datangkan ditempat tidur kita , tak perlu bersesak,tak perlu habis beribu ringgit , tidak kita rebut ?

Maha Besar dan Maha Pengasih , Allah yang mendatangkan peluang dan kesempatan untuk berdoa diketika yang mustajab walaupun mereka tiada peluang ke tanah suci kerana ketidakmampuan.

Jangan pula dicela ayam yang berkokok kerana itu menyganggah hadis, menyanggah rahmat Allah . Setiap yang memberi kebaikann, tidak boleh dicela .

Dalam hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Janganlah mencela ayam jantan, karena dia membangunkan (orang) untuk solat. (HR. Ahmad 21679, Abu Daud 5101, Ibn Hibban 5731 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Ini satu lagi hadis yang menerang manfaat kokokan ayam , langsung memuji ayam yang berkokok , lazimnya ayam jantan . Jangan celupar mulut dengan fikiran ayam jantan berkokok kerana mengurat betina , atau mengistihar kawasan miliknya , kerana dibimbangi kita bercanggah dengan sabda Nabi .

Mungkin lebih baik bagi mereka yang tinggal di kampung atau yang ada ruang untuk membela ayam sepasang dua , membela ayam untuk boleh terlaksana suruhan nabi ini , boleh terbuka kesempatan berdoa ketika malaikat ada bersama disekitar rumah kita , moga diaminkan juga oleh mereka .

Jangan pandang remeh kerana patuh pada saranan nabi , mengamal walau pada satu sunnahnya,mungkin menjadi bukti kasihnya kita kepada Rasulullah . Jika kita bela ayam jangan sekadar berniat simpan ayam jantan untuk dapat benih,niatlah untuk mendengar kokokannya untuk kita mengetahui masa dan kesempatan yang baik utk berdoa.

Dikampung,bila hampir Subuh, kokokan ayam bersahut-sahutan, bahkan terkadang didini hari ada yg berkokok sayup-sayup kedengaran, tentulah mereka melihat malaikat. Siapa yg mendengarnya ia sebenarnya bertuah,siapa yang terjaga ia sebenarnya dikejutkan untuk satu kesempatan yang baik untuk berdoa.

Dikeliling kita ada kesempatan berdoa , jangan dok bergantung pada petua ustaz , petua orang berubat, baca itu ini yang tiada pun sandaran pada hadis dan perbuatan nabi , bukan kerana baca sesuatu ayat kita dapat sesuatu , tetapi doa yang makbul itulah yang menyebab kita memperoleh yang kita ingini .

Wallahua’lam.

Sumber: Saridahsenin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending