Connect with us

Islamik

Subhanallah! Pemuzik Temui Damai dan Kebenaran Dalam Islam

Published

on

Populariti tidak hanya berupaya membawa seseorang ‘hanyut’ malah sebaliknya mampu menarik artis untuk mendekati agama. Malah bagi sesetengah kes, populariti itu juga membuka hati seseorang untuk mendalami ilmu Islam. Di Indonesia, terdapat beberapa penghibur yang memilih menjadi pengkhotbah ketika nama mereka berada di bibir peminat.

Berikut adalah antara mereka yang dimaksudkan:

Reza

Pemain dram band Noah ini memulakan fasa baru hidupnya pada 2016. Namun dia terlebih dulu menarik diri daripada kumpulan yang mempopularkan namanya itu pada 1 Jan 2015. Kata Reza, pengunduran dilakukan selepas dia tidak lagi berasa apa-apa sewaktu mengetuk peralatan yang ada di depannya semasa membuat persembahan.

“Ini keputusan saya sejak dua tahun lalu. Saya dan mereka tidak bersama selama satu atau dua tahun, “kata Reza semasa sesi wawancara perpisahannya. Demi meneruskan aktiviti berdakwah, pemuda dengan nama penuh Ilsyah Ryan Reza, 40, itu lebih fokus mendalami Islam. Selain berdakwah, Reza turut mengembangkan perniagaan yang diusahakan. Dia juga memasang niat untuk menghafal al-Quran.

Pembentangan Hermaen

Ahli-ahli kumpulan Matta Band memilih untuk menukar cara hidup mereka pada tahun 2015. Matta Band mula dikenali ramai sejak lagu Ketahuan dihasilkan sekitar 2008. Namun, lama-kelamaan Sunu dan Matta Band semakin jarang muncul di publik. Dan di luar pengetahuan ramai Sunu sebenarnya aktif berdakwah. Dalam sebuah wawancara, Sunu mengakui berhijrah kerana ingin meninggalkan dunia yang “huru-hara.”

Kata Sunu, mulai berhibur di kelab malam hingga menyertai pesta yang menjurus kepada hal maksiat dia akhirnya bersyukur apabila didatangi hidayah. “Kalau dicari, kebahagiaan dari populariti, wang atau pangkat – saya pernah rasa semuanya. “Saya pernah popular dan mempunyai banyak wang waktu itu. Kehidupan pun berubah, dulu saya suka majlis sosial,” katanya.

Sakti

Dia ialah pemain gitar kumpulan Sheila on 7 (SO7). Perubahan berlaku selepas dia berkunjung ke India, Bangladesh dan Pakistan untuk mendalami ilmu Islam. Sejak itu juga Sakti menukar namanya kepada Salman al-Jugjawy atau bermaksud Salman dari Jogja. Selain nama, penampilan pemilik nama Saktia Ari Seno itu turut berubah dan sama sekali berbeza dari zaman dia masih menganggotai SO7.

Sakti, 37, kini membela janggut panjang dan sehari-harian mengenakan pakaian mengikut sunnah Rasulullah SAW. “Saya rasa kalau pakaian begini sesuai buat bersantai, inikan sunnah Rasul. Kalau perlu ikut fesyen selalu boleh keliru. Tetapi kalau pakai begini sampai kiamat sesuai. Senang dan selesa,” katanya.

Berry Manooch

Penyanyi rap dari kumpulan Saint Loco sempat menggegarkan dunia hiburan selepas insiden disimbah asid oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 2013. Akibat peristiwa hitam berkenaan, wajah bapa kepada dua anak itu mengalami kecederaan parah hingga diklasifikasikan sebagai melecur tahap kedua. Seperti muzik dibawakannya yang mempunyai karakter keras, ia juga mempengaruhi jiwa Berry hingga bersikap ego dan cepat naik angin.

Bukan hanya itu, dia juga dikenali gemar berganti-ganti pasangan, mengambil alkohol serta segala jenis dadah menjadi penghias hidupnya. Untuk kembali hidup normal bukan perkara mudah bagi Berry biarpun sering keluar dan masuk pusat pemulihan. Pintu hati Berry mula diketuk dengan hidayah saat dia melihat umat Islam sembahyang berjemaah di masjid – pemandangan yang sebenarnya biasa dilihat – dan tiba-tiba menimbulkan ketenangan buat dirinya.

“Tepat pada 22 Februari 2015 saya melaksanakan proses mengucap dua kalimah syahadah. “Ia dilakukan secara simbolik di rumah teman saya dan saya jadikan kehidupan saya sebagai seorang mualaf hingga saat kini,” katanya yang menukar nama kepada Muhammad Berry al-Fatah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending