Syed Saddiq Didakwa Atas Tuduhan Pecah Amanah Bernilai RM1 Juta

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, pada 6 Mac 2020, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua ARMADA melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana berjumlah RM1 juta, di mana beliau membuat pengeluaran dana berkenaan melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda. Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan mohon dibicarakan.

kredit berita harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*