Connect with us

Islamik

Tahukah Anda Melakukan Maksiat Boleh Menjejaskan Kesihatan? Tahu, Tapi Pura-Pura Tidak Tahu?

Published

on

Assalamualaikum wr. wb. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad s.a.w. Pada artikel yang lalu saya telah berkongsi artikel yang bertajuk Maksiat Dosa yang Meresahkan. Artikel kali ini pula akan membahas isu Sihat Tanpa Maksiat.

Sejak sekian lama umat Islam telah diperingatkan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat-Nya yang bermaksud : “Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali ‘Imran 3:185)

Justeru, orang yang arif akan hakikat ini seperti Sayidina Ali tidak sudi ditipu oleh dunia. Beliau diberitakan pernah berkata : “Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga. Umurmu pendek, penghisabanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Oh, betapa sedikit bekalku. Betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku!”

Para sahabat dan para salafussoleh serta orang yang soleh masa kini sentiasa tenang dan jarang mendapat sakit jantung. Pakar perubatan menegaskan, sesiapa yang mengelakkan ketenangan dalam dirinya ketika berhadapan dengan ujian dunia moden, akan jauh daripada penyakit urat saraf. Dari mana lagi sumber ketenangan yang abadi dan hakiki jika tidak dengan mengingati Allah?

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13 : 28) Orang yang mengingati Allah pasti menjauhi maksiat.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa maksiat tidak akan dilakukan semasa hati seorang itu beriman kepada Allah (yakni ketika mengingati Allah). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tidaklah beriman seorang penzina itu ketika berzina. Tidaklah beriman seorang pencuri itu ketika mencuri. Tidaklah beriman seorang yang meneguk arak itu ketika ia meneguknya. Dan tidaklah beriman orang yang merampas harta yang tinggi nilainya (kerananya orang memandangnya) itu ketika ia merampasnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Pelaku maksiat sudah tentu melupakan Allah semasa melakukan maksiat. Apabila mereka lupakan Allah, pasti tidak akan ada ketenangan. Maksiat akan menimbulkan ketegangan dan keresahan. Lalu mereka yang hidup dalam ketegangan, sentiasa terdedah kepada sakit jantung. Ya, jika kemudiannya mereka bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa mereka bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa mereka tetapi bagaimana dengan kesihatan mereka?

ANTIBODI ROHANI

Tubuh manusia mampu menghasilkan antibodi yang sesuai untuk hampir setiap musuh yang dihadapinya. Antibodi bukan berjenis tunggal. Sesuai dengan struktur setiap musuh, maka tubuh akan menciptakan antibodi khusus yang cukup kuat untuk menghadapi penyakit. Begitulah hebatnya nikmat Allah. Namun, orang yang tenang dikurniakan “antibodi” yang lebih hebat dari dalam hatinya yang mampu mematahkan kerisauan, kebimbangan, sedih, kecewa dan putus asa.

Oleh sebab itu, cubalah keluarkan “antibodi” itu! Apabila kita dilanda masalah, cubalah melawannya dengan mengakui kita ialah hamba Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan (erti ucapan istirja’). Orang yang beriman tenang menghadapi musibah kerana berkeyakinan bahawa setiap musibah itu ialah mehnah(didikan Allah) yang bertujuan sama ada untuk penghapusan dosa, kurniaan pahala ataupun peningkatan darjat di sisi Allah.

Ketika itu timbullah kekuatan dalamannya (“antibodi” rohani). Ya, Allah “paksakan” satu ujian yang menyebabkan “terpancarlah” kekuatan dalamannya yang tidak akan dan tidak mungkin keluar jika tidak diuji! Hasilnya ialah ketenangan jiwa. Dan sesiapa yang mengekalkan ketenangan dalam dirinya ketika berhadapan dengan ujian dunia moden, akan jauh daripada penyakit urat saraf.

Cuba kita lihat kehidupan orang yang dekat dengan Allah. Hasil meninggalkan maksiat dan sentiasa mempertingkatkan ibadah, hati mereka tidak berasa takut dan bimbang terhadap hal-hal dunia. Inilah sumber ketenangan. Allah berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak berasa takut dan bimbang terhadap hal-hal dunia.” (Surah Yunus 10 : 62) Mereka menjalani hidup dengan tenang, berani dan yakin. Mereka ini bukan sahaja sihat rohani tetapi juga sihat fizikal.

Kajian perubatan moden membuktikan 70% orang pesakit boleh menyembuhkan diri mereka jika mereka dapat menghindarkan rasa risau dan takut dari dalam jiwa mereka. Inilah yang dinikmati oleh orang yang hampir dengan Allah. Dengan mengerjakan seluruh perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, maka Allah akan “menjaga” mereka. Oleh sebab itu, fizikal mereka lebih sihat hasil hubungan yang akrab dengan Allah dan menjauhi maksiat.

Daripada Ibn Abbas r.a beliau berkata : “Aku pernah duduk di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku : ‘Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah. Jagalah Allah (mentaati perintah-Nya) dan Dia akan menjaga dirimu. Peliharalah Allah dan Dia akan memeliharamu. Apabila engkau meminta, maka pintalah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu dengan suatu mudarat, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)’.” (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati-Nya dihadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas daripada kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.” (Riwayat al-Tabarani)

Maksud “memelihara Allah” adalah dengan melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan. Dan maksud Allah “memelihara” kita pula ialah Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi seperti kesihatan, anak, keluarga dan harta. Lebih penting daripada itu, Allah juga akan memelihara agama dan iman kita daripada sesuatu yang menyesatkan, syubhah dan bidaah.

maksiat, jauhi maksiat, kempen cegah maksiat, cegah maksiat, maksiat menjejaskan kesihatan

Zikir dan Doa Penawar Penyakit

Selain itu, orang yang hampir dengan Allah ini sentiasa membaca al-Quran, berzikir serta melazimkan diri dengan doa-doa yang datang daripada Rasulullah s.a.w. Ini secara langsung dan tidak langsung telah menjaga dan menghindarkan mereka daripada pelbagai penyakit. Contohnya, dengan membaca ayat Kursi, surat al-Fatihah, al-Ikhlas dan al-Mu’awwizatain.

Mereka dengan sering berdoa minta dihindarkan daripada penyakit seperti : “Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia! Berikanlah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” Juga doa seperti : “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan yang beracun dan penyakit gila.”

Mengapakah orang yang meninggalkan maksiat akan hidup lebih sihat? Salah satu sebab utamanya ialah jin dan syaitan akan “lari” menjauhi mereka. Syaitan dan jin yang jahat akan akrab dengan pelaku maksiat dan itu juga menjadi salah satu penyebab mereka ditimpa pelbagai penyakit. Ganguan musuh Allah ini terhadap manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Menurut ulama Islam yang pakar dalam bidang ini, Allah menjadikan jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Safiyyah r.ha. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut pakar-pakar kerohanian Islam itu lagi, apabila jin-jin ini memasuki dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf manusia. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu.
Justeru, jika seseorang itu mengidap sakit gangguan sihir atau jin, fikiran dan emosi manusia tidak stabil. Apabila fikiran mereka terganggu, seseorang akan mudah mendapat tekanan jiwa atau depression.

Ubai Ibn Ka’ab r.a. meriwayatkan sewaktu bersama Rasulullah s.a.w., seorang Badwi datang dan berkata kepada Baginda : “Wahai Rasulullah, saya mempunyai saudara yang ditimpa sejenis penyakit gila.” Rasulullah menyuruh orang itu membawa saudaranya, kemudian Baginda membacakan kepadanya beberapa ayat iaitu ayat-ayat Manzil. Selepas itu orang itu sedar dan pergi dari situ seolah-olah tidak ada sesuatu yang berlaku.

Ibadah Pencegah Penyakit

Hakikatnya, ibadah-ibadah yang diperintahkan Allah boleh mencegah penyakit. Apakah punca penyakit? Kejahatan ialah punca kepada banyak penyakit. Amalan-amalan utama dalam Islam mencegah penyakit daripada menimpa seseorang dengan tercegahnya kejahatan. Solat misalnya, akan mencegah daripada fasha’ dan mungkar.

Fasha’ ialah kejahatan-kejahatan (maksiat) yang berkaitan dengan kemaluan seperti zina, liwat, lesbian dan sebagainya. Jika maksiat-maksiat itu terhalang, maka dengan sendirinya penyakit AIDS, sifilis, gonorea dan lain-lain tidak akan menimpa seseorang. Solat mampu mencegah kejahatan-kejahatan lain seperti minum arak, menagih dadah, pergaduhan dan lain-lain lagi yang turut menjejaskan kesihatan.

Begitu juga dengan puasa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Berpuasalah nescaya kamu sihat.” (Riwayat al-Tabarani) Dengan berpuasa sistem penghadaman kita akan mendapat kerehatan dan perut yang menjadi “rumah” penyakit itu dibersihkan. Bukti-bukti saintifik menunjukkan bagaimana dengan berlapar sepanjang 30 hari berpuasa akan meningkatkan kesihatan.

Namun apa yang lebih penting daripada itu, puasa ialah latihan menahan pancaindera daripada melakukan maksiat. Antaranya :

•Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan sekalipun halal apatah lagi yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan berpunca daripada rezeki yang tidak halal.
•Maksiat mata iaitu seseorang yang melihat sesuatu yang haram seperti aurat, bahan lucah dan sebagainya.
•Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
•Maksiat kemaluan bermaksud melakukan hubungan yang haram.
•Maksiat tangan yang bermaksud mengambil harta orang lain tanpa hak, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram seperti menipu, mengambil dan memberi rasuah dan sebagainya.
•Maksiat kaki bermaksud mengunjungi ke tempat maksiat seperti kelab perjudian dan tempat pelacuran.
•Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang buruk seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Apabila maksiat-maksiat ini ditinggalkan, hati akan bersih dan apabila hati bersih, maka baiklah seluruh anggota badan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah yang lain. Jika ia rosak, maka akan rosaklah anggota lain. Seketul daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksud “baik” dalam hadis itu tidak terhad kepada kelakuan sahaja, tetapi juga baik kesihatan. Maksudnya, apabila hati baik, kelakuan jadi baik dan apabila kelakuan baik, kita akan terhindar daripada melakukan maksiat. Apabila terhindar daripada melakukan maksiat, seseorang itu akan menjadi lebih sihat. Bukankah orang Mukmin itu adalah orang yang sangat menjaga kesihatannya? Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Mukmin yang sihat (kuat) lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Oleh sebab itu, raihlah ketenangan, kesihatan dan kebahagiaan dengan meninggalkan kederhakaan dan maksiat. Insya-Allah, kita akan mencapai kesihatan rohani, akal, emosi dan fizikal. Hidup akan lebih sihat tanpa maksiat. Semoga Allah akan memimpin kita ke arah hidup yang sejahtera dunia dan akhirat, amin.
Allah berfirman yang bermaksud : “Maka sesiapa yang hendak dipimpin oleh Allah, nescaya dibukakan Allah hatinya menganut agama Islam. Dan sesiapa yang hendak dibiarkan sesat oleh Allah, dijadikan Allah dadanya sesak dan sempit, seperti orang yang naik ke tempat yang tinggi.” (Surah al-An’am 6:125)

Pahrol Mohamad Juoi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending