[Terkini] Keadaan Semasa Siti Sarah Selepas Jalani Pembedahan Dan Keadaan Bayinya Pra-Matang

Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin selamat menjalani proses pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan dan bayi dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, Siti Sarah dikatakan masih dalam keadaan kritikal selepas proses pembedahan berjalan lancar.

Berita itu dimaklumkan sendiri suaminya, Shuib menerusi laman Instagramnya mengenai situasi semasa keadaan isterinya selepas bayinya selamat dilahirkan melalui pembedahan tersebut.

“Alhamdulillah pukul 4 lebih bayi telah pun selamat dikeluarkan dan keadaan bayi baik tapi perlukan bantuan alat pernafasan kerana lahir pra-matang, cuma keadaan Sraha agak kritikal,” katanya.

Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan untuk isterinya dan sesiapa sahaja yang sedang bertarung melawan COVID-19 ini.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah juga untuk kita doakan sesiapa sahaja yang bertarung nyawa dengan COVID-19, moga dipermudahkan urusan, Amin,” ujarnya.

kredit era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*