Terkini! Menteri BERSATU Sahkan Muhyiddin Akan Serah Surat Letak Jawatan Esok

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd. Redzuan Md.Yusof mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Menurut laporan portal berita Malaysiakini, Redzuan berkata, Muhyiddin memaklumkan perkara tersebut kepada ahli Parlimen Bersatu dalam pertemuan kira-kira dua jam pagi ini.

Katanya, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahan kedudukannya dan kerajaan, malah menyifatkan peletakan jawatan adalah pilihan terakhir baginya.

“Esok akan ada mesyuarat khas Kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembah surat peletakan jawatan.

“Maka ini adalah tindakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut Perlembagaan dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya. Bagaimanapun, Mohd. Redzuan percaya Bersatu masih memiliki sokongan terbesar berbanding mana-mana pihak lain.

“Maka terserah kepada Agong untuk menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Kami mengikut Perlembagaan, tak boleh membantah. Kami katakan kami ada 100 ahli parlimen, terpulang kepada Agong untuk putuskan,” katanya.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*