Tersebar Lel4ki Yang Telah Disuntik Vaksin Men1ngal Gara-Gara Makan Durian, Pakar Buka Mulut

Saban tahun bermula pada bulan Jun hingga Ogos, negara kita akan mengalami ‘demam durian. Sana sini terutama di tepi jalan, peniaga menjual pelbagai jenis raja buah itu dengan harga mengikut gred. Wabak pandemik yang masih berleluasa sehingga kini sedikitpun tidak menghalang mereka berbuat demikian kerana permintaan dalam kalangan orang ramai tetap tinggi. Malah pembelian secara online juga boleh diakses dengan mudah.

Bercerita tentang soal durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus, baru-baru ini kecoh apabila warganet berhujah secara serius tentang implikasi negatif menikmati durian selepas proses vaksinasi Covid-19. Itu semua menjadi bualan selepas seorang lelaki didakwa men1nggal dunia disebabkan makan durian selepas menerima suntikan.

Menurut laporan akhbar tempatan, kematian itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran. M4ngsa yang membungkus makanan dan minuman dikatakan tiba-tiba terj4tuh dari kerusi tempat duduknya sehingga tidak sedarkan diri. Melihat situasi berkenaan, masyarakat mula tertanya-tanya sejauhmana bahayanya durian sehingga memberi dampak buruk kepada kesihatan. Enggan persoalan itu berlegar begitu sahaja, SinarPlus mengambil inisiatif mendapatkan pandangan seorang pegawai farmasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Fahmi Hassan.

Fahmi Hassan.

Memberi respons terhadap kejadian mengejut itu, Fahmi dengan pantas menyanggah dakwaan kononnya pemergi1an mangsa berpunca daripada durian yang dimakan sejurus selepas beberapa jam mengambil vaksin.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan kem4tian lelaki itu sebenarnya disebabkan oleh ser4ngan j4ntung. Jadi, bukan salah durian,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini. Kepada SinarPlus, berkali-kali pegawai farmasi terkenal itu menegaskan bahawa menikmati durian selepas vaksinasi bukan satu isu yang boleh mengancam kesihatan seseorang. Jelas beliau, durian ialah sejenis buah yang berkhasiat dan tinggi serat.

“Sekiranya ia diambil secara berpada-pada, ia adalah selamat dan tidak akan memberikan impak terhadap kesihatan termasuklah selepas menerima suntikan vaksin Covid-19. Jadi, pemahaman yang tular menyebut ada yang maut selepas makan durian sebelum atau selepas vaksin perlu diperbetulkan,” katanya. Mengulas lanjut, Fahmi menyarankan agar setiap daripada kita membuat pemantauan dari segi diet yang seimbang sebelum membuat rumusan bahawa sesuatu makanan atau sajian tidak elok untuk dihadam.

“Sekiranya keputusan untuk mengurangkan atau tidak mengambil durian disebabkan untuk mengawal kuantiti pengambilan karbohidrat seharian, ia adalah satu tindakan yang wajar. Ingin saya jelaskan di sini, durian mengandungi kandungan tenaga yang tinggi. Jadi, terdapat kemungkinan seseorang itu rasa tidak selesa atau ‘panas’ selepas memakan durian disebabkan oleh aktiviti metabolisme badan,” terangnya.

Namun, jika keputusan mahu mengelak durian dek termakan dengan kata-kata momokan yang berhamburan tanpa henti melalui media sosial, ia adalah satu percaturan yang terpesong. Mengulas lanjut, Fahmi berkata, mengambil durian dalam kuantiti yang sedikit sememangnya tiada isu berbangkit terutama kepada mereka yang sihat, waima kepada golongan yang mempunyai penyakit kronik. Pun demikian, amaran diberikan kepada pes4kit di4betes dan gangguan fungsi ginjal.

“Sekiranya kumpulan pes4kit itu makan secara keterlaluan melebihi paras bahaya dan masuk ke dalam aliran darah, keadaan ini boleh menyebabkan hiperk4alemia iaitu keadaan yang mana kadar kalium dalam darah terlalu tinggi. Gejala yang muncul akibat hiperk4alemia boleh menyebabkan pes4kit lem4h otot, mengalami kesemutan dan g4ngguan degup4an gantung,” ujarnya. Fahmi turut menjelaskan satu lagi kepercayaan karut yang dipercayai ramai.Tegasnya, pihak yang mengusulkan perlunya makan paracetamol sebelum divaksinasi untuk mengelak demam juga satu saranan yang tidak munasabah.

“Teknik yang sebenar adalah ambil panadol apabila dem4m atau s4kit sahaja,” jelasnya. Selain itu, terdapat beberapa lagi mitos lain yang dikongsikan oleh Fahmi dan semuanya itu dusta sama sekali. Antara intipati yang tidak boleh dipercayai adalah:

  • Tidak demam selepas vaksin menunjukkan suntikan itu tidak berfungsi.
  • Perlu elak makan makanan pedas sebelum divaksin.
  • Tidak boleh mandi selepas divaksin.
  • Perlu mengurung diri selepas proses vaksinasi kerana boleh menjangkiti orang lain.

“Apabila terlalu banyak mitos inilah yang menyebabkan berlaku salah faham dalam komuniti kita. Ingat, vaksin Covid-19 tidak mengandungi virus hidup. Seseorang itu tidak akan positif (saringan) atau menjangkiti orang lain gara-gara vaksin,” katanya.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*