Tonton Video Durian Goreng Dengan Minyak Masak, Ramai Netizen Tak Puas Hati

Ketika ini pasti anda perasan dengan lambakan durian yang terjual di tepi jalan oleh peniaga-peniaga. Disebabkan lambakan durian ini lah, ramai yang cuba mempelbagaikan resipi masakan atau minuman yang berasaskan raja buah-buahan tersebut.

Namun lain pula jadinya menerusi video yang tular baru-baru ini apabila dilihat seseorang memasak buah durian berserta dengan kulitnya. Dalam video berdurasi 54 saat yang dikongsikan oleh Facebook Group Singapore Incident, perbuatan aneh ini telah menimbulkan pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen.

Meskipun diakui ada sesetengah orang yang tidak menggemari rasa dan bau durian, ada yang berpendapat menggoreng durian termasuk dengan kulitnya sekali boleh menghilangkan nutrisi pada buah tersebut.

Rata-rata netizen pada ruangan komen menyelar tindakan individu yang menggoreng buah yang ketika ini dalam tempoh musimnya dan beranggapan tindakan itu langsung tidak wajar dilakukan. Apa kata anda?

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*